overtime work | kerja lebih masa | Kependudukan | Tiada | Tiada |
daily contract | jam kontrak harian | Pentadbiran | Tiada | Kontrak yang telah ditandatangani antara majikan dan pekerja yang melibatkan jumlah jam bekerja dan tidak termasuk kerja lebih masa. |
quick-return mechanism | mekanisme balik cepat | Mekanik | Gunaan | Mekanisme yang mempunyai nisbah masa (iaitu nisbah masa lejang mara terhadap masa lejang balik) yang lebih daripada 1. Mekanisme ini biasanya digunakan apabila lejang balik tidak melakukan sebarang kerja tetapi semata-mata membawa mekanisme balik kepada kedudukan asalnya untuk mengulangi lejang mara yang melakukan kerja. Mekanisme gelangsar-engkol ofset dan mekanisme Whitworth merupakan contoh bagi mekanisme balik cepat. Lihat juga mekanisme. |
drilling crew | pekerja penggerudian | Kejuruteraan | Petroleum | Pasukan pekerja yang terdiri daripada seorang jurugerudi, seorang pekerja derik dan dua orang pembantu atau lebih, yang mengendalikan sesuatu rig penggerudian atau rig ulang kerja untuk satu masa kerja tiap-tiap hari. |
time ratio | nisbah masa | Mekanik | Gunaan | Nisbah masa yang diambil untuk lejang mara terhadap masa yang diambil untuk lejang balik. Istilah ini biasanya digunakan untuk merujuk pada mekanisme balik cepat. Mekanisme yang nisbah masanya bernilai lebih daripada 1 dinamai mekanisme balik cepat. Nisbah ini digunakan sebagai ukuran kesesuaian mekanisme apabila dilihat dari segi penggunaan masa kitar, iaitu bahagian yang lebih besar daripada masa itu digunakan untuk melakukan kerja dan bahagian yang lebih kecil untuk membalik. Lihat juga mekanisme balik cepat, lejang mara, lejang balik. |
split shift | syif pecahan | Pentadbiran | Tiada | Syif kerja yang dibahagikan lebih daripada satu jangka masa pada hari yang sama. |
repression | penekanan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tindakan menindas atau tidak memberi peluang oleh golongan yang berkuasa terhadap golongan yang lebih subordinat kedudukannya seperti buruh, petani, penyewa atau orang kebanyakan. Tindakan ini menyebabkan golongan bawahan terpaksa akur kepada golongan atasan yang mengambil kesempatan dan mengaut keuntungan hasil hubungan yang tidak seimbang ini. Golongan yang ditindas juga tidak diberi hak yang sewajarya tetapi terpaksa berada dalam hubungan ini kerana sesuatu keperluan seperti mata pencarian. Contohnya, pemodal melakukan penindasan terhadap golongan buruh dengan memberi gaji yang murah, masa kerja yang panjang dan tempat kerja yang buruk. |
drive time (radio) | masa jalan | Komunikasi | Korporat | Tempoh khalayak media berada dalam kenderaan atau di sebarang tempat di jalanan yang membolehkan mereka terdedah kepada siaran radio. Khalayak dalam tempoh ini terdiri daripada khalayak aktif dalam lingkungan usia pekerjaan. Jumlah khalayak yang wujud dalam tempoh ini menentukan nilai masa siaran kepada iklan. Dalam kajian khalayak penyiaran dan tinjauan pemasaran, penyelidik akan mengenal pasti jumlah khalayak yang terdedah kepada siaran radio semasa menggunakan kenderaan, biasanya pada hari kerja. Di Malaysia, tempoh tersebut adalah di antara pukul 6.00 pagi hingga 10.00 pagi dan pada pukul 4.00 petang hingga 7.00 petang. Pada waktu tersebut, kos pengiklanan masa siaran radio biasanya lebih tinggi berbanding masa siaran lain. |
regional account | akaun wilayah | Ekonomi | Tiada | Akaun pendapatan dan keluaran bagi suatu wilayah dalam sesebuah negara untuk satu jangka masa tertentu. Akaun ini memberi maklumat terperinci tentang kegiatan ekonomi wilayah tersebut. Maklumat ini tidak terdapat dalam akaun pendapatan negara. Akaun wilayah menyediakan rangka kerja yang lebih fleksibel kepada penggubal dasar untuk membuat analisis ekonomi wilayah. |
in-situ concrete slab | papak konkrit tuang di-situ | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Papak konkrit yang dituang terus ke struktur pembinaan dengan menggunakan acuan. Papak konkrit tuang di-situ berbeza dengan papak konkrit pratuang oleh kerana ia memerlukan masa yang lebih lama ketika di tapak terutama di dalam penyediaan acuan, kerja topang, pengkonkritan dan pengawetan. |