Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ro.ha.nian] | کروحانين

Definisi : perihal rohani, sifat-sifat rohani, rohaniah: kebatinan dan ~ juga harus masuk hitungan setiap penilaian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ro.ha.nian] | کروحانين

Definisi : sifat-sifat rohani. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kerohanian


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
spiritual worldalam kerohanianPendidikanTiadaKewujudan sesuatu fenomena yang tidak dapat dilihat dan disentuh seperti alam ketuhanan dan alam fikiran.
spiritual assessmentpenilaian kerohanianKejururawatanTiadaPentafsiran batin individu dari segi kepercayaan kepada agama.
eternalabadiPendidikanTiadaSesuatu yang bersifat kekal seperti alam kerohanian.
psychological novelnovel psikologiKesusasteraanTiadaNovel yang menekankan aspek kerohanian, emosi dan mental serta analisis perwatakan. Plot atau aksi dalam novel ini sekadar menjalankan cerita. Penulisan novel ini dipengaruhi oleh pandangan Sigmund Freud dan Carl Jung yang memfokuskan kehidupan �dalaman� watak yang selalunya individu bermasalah dan unik dengan keadaan mental dan emosi yang bergolak. Tumpuan cerita lebih kepada motivasi psikologi bagi setiap aksi watak. Perkara yang ditekankan bukanlah apa yang berlaku tetapi mengapakah perkara itu berlaku. Minat terhadap psikologi watak dalam sejarah kesusasteraan Barat dapat dilihat dalam karya Geoffrey Chaucer yang berjudul Troilus and Criseyde, iaitu lirik yang bercirikan novel psikologi. Novel psikologi moden hanya muncul pad abad ke-19 melalui karya George Eliot, Elizabeth Gaskell, George Meredith dan Joseph Conrad. Henry James dianggap pakar dalam penulisan novel psikologi dan karyanya seperti The Portrait of a Lady, The Wings of the Dove, The Ambassadors dan The Golden Bowl telah menetapkan stan
employee wellness programprogram kesejahteraan pekerjaKejururawatanTiadaAktiviti yang dirancang untuk menjaga semua aspek kesihatan pekerja seperti aktiviti fizikal, kerohanian dan sosial.
holistic healing therapyterapi penyembuhan holistikKejururawatanTiadaTerapi tidak invasif yang digunakan untuk merangsang penyembuhan individu secara keseluruhan dengan menyatukan badan, minda dan kerohanian.
kabakabaKesusasteraanTiadaSastera lisan atau bertulis orang Minangkabau yang mungkin dapat dikategorikan sebagai genre roman lipur lara. Kaba biasanya merupakan roman sejarah atau didaktik yang bertujuan untuk memberikan pendidikan kerohanian. Unsur yang menjadi asas cerita kaba masih sama seperti lipur lara, iaitu percintaan dan pengembaraan. Kaba disampaikan dalam bahasa yang berbunga-bunga, diindahkan dengan pantun dan talibun. Kaba memperlihatkan pengaruh Islam yang ketara, namun unsur peribumi dan Hindu juga agak dominan. Kaba disampaikan oleh tukang kaba dengan iringan alat-alat bunyian dan diselang-selikan dengan tarian randai. Persembahan kaba biasanya mengiringi upacara adat setempat. Kaba yang tertua ialah kaba Cinduo Mato yang dianggap wujud sebelum tahun 1350. Contoh kaba yang lain ialah Sabai Nan Aluih, Rancak di Labueh dan Puti Nilam Cayo. Kaba berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud �khabar�. Lihat juga talibun.
psychographypsikografiKesusasteraanTiadaFrasa yang menekankan kepentingan kehidupan penulis pada hasil karyanya. Pengamal bidang ini digelar psikografer yang membuat kajian terperinci untuk mendapat maklumat mengenai pengaruh kehidupan yang dilalui penulis terhadap hasil karyanya. Istilah ini diaplikasikan oleh George Saintsbury kepada Sainte-Beuve yang menggelarkan dirinya sebagai naturalis kerohanian. Psikografi berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud �penulisan berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud �penulisan mengenai kerohanian�. Lihat juga jargon.
actual beingkewujudan sebenarPendidikanTiada

 Sebarang benda yang benar-benar wujud pada masa kini dalam alam fizikal atau alam kerohanian.

humanistic psychologypsikologi kemanusiaanPsikologiPsikologi UmumBidang psikologi yang menumpukan kepada pertumbuhan diri, pengawalan diri dan pencapaian potensi diri serta masalah-masalah yang berkaitan dengannya. Bidang ini menekankan kepentingan konsep kehendak diri yang bebas untuk memilih hidup secara kreatif, bermakna atau selamat tanpa dikawal oleh kuasa luar seperti pembelajaran terlazim atau pengalaman tanpa sedar. Bidang ini juga biasanya mengkaji peranan keperluan kasih sayang, pencapaian harga diri, kreativiti dan kerohanian. Keperluan-keperluan ini membolehkan individu mendapat kesejahteraan yang tinggi dalam aspek psikobiososialnya. Ahli psikologi yang mengembangkan bidang ini antaranya ialah Abraham Maslow, Carl Rogers dan Clark Moustakas.
12

Kembali ke atas