ghabn | kerugian | Perniagaan Islam | Tiada | Kerugian yang dialami oleh penjual atau pembeli dalam urusan perniagaan. Contohnya, menjual produk dengan harga yang rendah atau membeli produk dengan harga yang tinggi berbanding harga pasaran. Kerugian terbahagi kepada dua, iaitu kerugian besar dan kerugian kecil. Lihat juga ghabn fahish, ghabn yasir, khasarat. |
stop loss reinsurance | insurans semula kerugian tersukat | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Insurans semula yang akan membayar kepada syarikat mengesid kerugian dalam sebarang tahun apabila kerugian melebihi nisbah kerugian atau amaun yang ditetapkan. |
loss adjustment expenses | belanja penyelarasan kerugian | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kos bagi menyelaraskan sesuatu kerugian tidak termasuk jumlah kerugian tersebut. |
commutation clause | fasal komutasi | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Fasal yang membuat anggaran pembayaran dan pelepasan mutlak segala tanggungjawab masa hadapan bagi kerugian reinsurans atau kerugian yang dialami, tanpa mengambil kira sifat berlanjutan sesetengah kerugian. Biasanya fasal ini terdapat di dalam triti Lloyd. |
loss limitation | batasan kerugian | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Rumus pengadaran retrospektif untuk mengehadkan kesan kerugian malapetaka. Tanpa batasan ini, kerugian malapetaka akan diambil kira secara menyeluruh dalam pengiraan terakhir premium retrospektif. |
inapparent loss | kerugian tak ketara | Biologi | Patologi | Kerugian yang tidak dapat kenyakinan dalam bentuk wang ringgit, akibat serangan penyakit tumbuhan, misalnya kesan pencemaran akibat penggunaan pestisid untuk mengawal penyakit tersebut. bd. kerugian ketara. |
excess loss premium factor | faktor premium kerugian lebihan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Faktor pengiraan untuk mengganti rugi insurer apabila insured telah memilih untuk mengehadkan kesan sebarang lebihan kerugian besar di bawah rumus pengkadaran retrospektif. Contoh: insured mungkin memilih had kerugian sebanyak RM50 000. Ini bermakna bahawa amaun maksimum setiap kerugian yang akan diambil kira dalam pengiraan retrospektif ialah RM50 000. |
apparent loss | kerugian ketara | Biologi | Patologi | Kerugian yang dapat dirasakan secara langsung, oleh orang, atau pihak tertentu seperti pihak yang trlibat dalam pengangkutan, cukai, pengedar dan lain-lain, dalam bentuk wang ringgit akibat serangan penyakit tumbuhan. bd. kerugian tak ketara. |
excess of loss ratio reinsurance | insurans semula lebihan kerugian bernisbah | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Reinsurans lebihan kerugian yang mengganti rugi syarikat mengesid terhadap amaun kerugian tertanggung bagi sesuatu masa, biasanya 12 bulan, melebihi sama ada: a. Satu amaun yang ditetapkan terlebih dahulu atau b. Satu peratusan tertentu daripada premium syarikat bagi jangka masa tersebut. |
loss reserve | rizab kerugian | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Anggaran liabiliti tuntutan insurer yang telah berlaku tetapi belum dibayar sehingga tarikh penilaian tertentu. Biasanya kerugian tertanggung tetapi belum dilaporkan, kerugian patut dijelaskan tetapi belum dibayar dan amaun yang belum lagi dijelaskan juga dimasukkan. Takrif ini adalah seperti yang akan dilaporkan dalam penyata kewangan insurer. |