Maklumat Kata
Kamus Bahasa Melayu
keruntum
[ke.run.tum] |
کرونتوم
Definisi :
1. sj tumbuhan (pokok), pasir lingga, Tristania maingayi; 2. sj tumbuhan (pokok), pelawan, seluncur, Tristania subauriculata.
(Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata
keruntum
Juga ditemukan dalam:
Kamus Bahasa Melayu
(4)
Istilah Bahasa Melayu
(4)
Kamus Sains
(1)
Perkhidmatan +
Korpus
e-Tesis
e-Jurnal
e-Kamus
e-Borneo
e-Seminar
i-Pintar
Istilah Bahasa Melayu
Istilah Sumber
Istilah Sasar
Bidang
Subbidang
Huraian
keruntum
keruntum
Perhutanan
Sains Kayu dan Hasil Hutan
Nama piawai bagi kayu Combretocarpus rotundatus daripada famili Rhizophoraceae. Nama tempatannya di Sabah ialah perepat paya. Gubal kayu
keruntum
berwarna putih kapur, dan mudah dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna merah atau coklat kemerahan. Tekstur kayunya kasar dan tidak sekata, kerana mempunyai ruji yang lebar dan yang membentuk pola ira seperti kayu ok. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 640 hingga 800 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana keras dan berat. Kayu
keruntum
mudah dikerjakan, sederhana tahan, mudah diawet tetapi sukar dikeringkan. Kayu
keruntum
yang dikeringkan dan diawet dengan sempurna boleh digunakan sebagai lantai atau dinding dan alas landasan kereta api.
pelawan
pelawan
Perhutanan
Sains Kayu dan Hasil Hutan
Nama piawai bagi kayu Tristania spp. daripada famili Myrtaceae. Nama tempatannya di Semenanjung termasuk
keruntum
dan seluncur, di Sabah ialah pelawan-pelawan, dan di Sarawak ialah malaban, melaban, dan seluncur. Spesies utamanya termasuk Tristania merguensis, T. obovata, dan T. whitiana. Gubal kayunya berwarna lebih muda daripada teras kayunya, yang berwarna coklat kemerahan. Tekstur kayunya halus dan sekata dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 915 hingga 1250 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sangat keras dan sangat berat. Kayu ini sangat tahan, mudah dikemas siap tetapi sukar dikerjakan. Kayu pelawan sesuai digunakan untuk kerja binaan berat, rangka bot, lantai tahan lasak, dan kerja binaan di persekitaran laut.
kerlik
kerlik
Perhutanan
Sains Kayu dan Hasil Hutan
Nama piawai bagi pokok dan kayu Rhodoleia championii daripada famili Hamamelidaceae yang hanya terdapat di Semenanjung. Nama tempatannya ialah
keruntum
. Gubal kayu kerlik berwarna lebih muda dan sukar dibezakan daripada teras kayunya, yang biasanya berwarna coklat merah. Tekstur kayunya halus dan sekata dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 640 hingga 800 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana keras dan sederhana berat. Kayu kerlik mudah dikerjakan, cepat mengering tanpa kecacatan teruk. Kayu ini sesuai untuk kemasan dalaman.
Rhizophoraceae
Rhizophoraceae
Perhutanan
Sains Kayu dan Hasil Hutan
Famili tumbuhan penting yang terdapat di dalam hutan bakau. Beberapa spesies dalam famili ini terdapat juga di hutan pamah dan hutan bukit. Antara spesies kayu dagangan yang utama termasuk kayu bakau, meransi, membuluh, dan
keruntum
.
Kembali ke atas
Thanks for clicking. That felt good.
Close
Borang Maklum balas Carian PRPM
@DBP
Malaysia
Pelawat PRPM
@DBP
Malaysia yang dihormati,
Kami sedang berusaha untuk meningkatkan perkhidmatan Carian PRPM
@DBP
Malaysia ini. Komen, pandangan, kritikan dan cadangan tuan/puan sangat kami hargai. Mohon berikan maklum balas seperti berikut :
1. Antara muka pengguna.
2. Domain atau kluster maklumat serta kandungan maklumat.
3. Kepantasan carian.
4. Pandangan dan cadangan keseluruhan.
5. Alamat e-mel atau nombor telefon.
*
Sila tunggu sebentar...