Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kesan (kata nama)
1. Bersinonim dengan tanda: bekas, jejak, cap, denai, tapak, tompok, surih, parut, tikas,

2. Bersinonim dengan akibat: hasil, padah, ekoran, kebaikan, keburukan, efek,

3. Bersinonim dengan pengaruh: akibat, ekoran, risiko,

Kata Terbitan : berkesan, keberkesanan, mengesan, mengesani, mengesankan, terkesan, pengesanan, pengesan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
acebutololasebutololKimiaForensikNama dagang, Sectral. Ubat untuk merawat tekanan darah tinggi, angina, dan nadi jantung tidak seragam. Ubat ini tidak boleh diberikan kepada pesakit lelah, atau pesakit yang mengalami kegagalan jantung, atau penyakit kardiovaskular. Kesan sampingan nya termasuk nadi jantung yang periahan, angin, sakit kaki, loya, sakit kepala, ruam kulit dan rasa pitam.
amobarbitalamobarbitalKimiaForensikFormula kimia, CIIN18N203; nama lain, asid 5-etil-5-isoamilbarbiturik, amilobarbiton; nama dagang, Amytal. Serbuk berhablur putih, tanpa bau, berasa pahit, takat lebur 156°C- 161 °C, larut sangat sedikit dalam air untuk menghasilkan larutan berasid, dan larut dalam etanol. Jangka masa tindakan amobarbital ialah 3 - 6 jam. Amobarbital merupakan barbiturat yang diberikan untuk menghentikan gemuruh, terketar-ketar, dan membantu tidur. Kesan sampingan -nya termasuk pening, terawang-awang dan rasa mengantuk. Pengambilan dos berlebihan boleh mengakibatkan kematian. Tanda-tanda dos berlebihan adalah kekeliruan mental, kelesuan yang teruk, nafas yang pendek, masalah bernafas, menggeletar dan degupan jantung yang amat perlahan. Serbuk ini dikenali sebagai depresan sistem saraf pusat dan merupakan ubat penenang serta ubat tidur yang boleh menyebabkan ketagihan. Dos parah anggaran ialah 1.5g, dan kepekatan toksik ialah 30 µg/mL. Sinonim amilobarbiton.

Kembali ke atas