conscience | hati nurani | Sejarah | Tiada | Kesedaran dalam diri atau kesedaran batin tentang salah atau betul sesuatu perkara. |
brand consciousness | kesedaran jenama | Komunikasi | Korporat | Peringkat pengetahuan dan keprihatinan pengguna terhadap jenama sesuatu barangan. Peringkat kesedaran ini merupakan paras pengetahuan dan kepekaan seseorang terhadap sesuatu jenama yang membolehkan mereka mengaitkan dirinya dengan status jenama tersebut. Peringkat inilah yang hendak dicapai oleh kempen pengiklanan. Tahap tersebut biasanya dicapai dalam tempoh masa yang panjang. Konteks kesedaran ini boleh dilihat dari segi kaitan mutu dan pakej jenama dengan status pengguna. Pembentukan kesedaran perlu melalui proses pembangunan jenama. |
political consciousness | kesedaran politik | Sejarah | Tiada | Kesedaran tentang perlunya kuasa pemerintahan yang akan menentukan pengaruh sesuatu kumpulan atau orang dalam sesebuah negara. |
meditation | meditasi | Psikologi | Psikologi Umum | Senaman mental yang digunakan untuk meningkatkan kesedaran individu. Meditasi diperoleh melalui satu siri latihan tumpuan yang boleh meningkatkan kesedaran dan mengawal proses mental supaya pengaliran fikiran tidak mudah terganggu. Semasa proses meditasi, rakaman elektroensefalogram (EEG) menunjukkan wujudnya pola gelombang yang unik tentang kesedaran. Terdapat dua jenis meditasi, iaitu meditasi tumpuan dan meditasi reseptif. Individu yang mengamalkan meditasi tumpuan akan memfokus kepada satu titik seperti objek, pemikiran atau pernafasan. Sebaliknya individu yang mengamal meditasi reseptif meluaskan lapangan pandangan melebihi satu titik dengan melebarkan mindanya ke alam yang lebih luas. Meditasi tumpuan didapati lebih berpengaruh dan biasanya diiringi dengan mantera yang disebut berulang kali secara beritma dan lancar. Meditasi berkesan dalam merendahkan kadar degupan jantung, tekanan darah dan meredakan ketegangan otot. |
anagnorisis | anagnorisis | Kesusasteraan | Tiada | Kesedaran seseorang watak, biasanya protagonis, mengenai sesuatu yang boleh menyebabkan perubahan kepada aksi, situasi, atau nasib watak tersebut. Contohnya, dalam drama bertajuk Oedipus Rex karya Sophocles, kesedaran berlaku apabila Oedipus mengetahui dia telah membunuh ayahnya sendiri, Laitus. Anagnorisis berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud �kesedaran�. |
phenomenology | fenomenologi | Kesusasteraan | Tiada | Perspektif dan metodologi untuk menyelidik sesuatu fenomena. Fenomena berkaitan dengan sesuatu perkara yang disedari oleh kesedaran manusia secara terus tanpa anggapan a priori atau anggapan yang dibuat sebelumnya. Metodologi ini menekankan peranan kesedaran seseorang pengamat sebagi paksi. Fenomenologi merupakan gerakan falsafah awal pada abad ke-20 yang diasaskan oleh ahli falsafah jerman, Edmund Husserl (1959-1939). Menurut Husserl, objek penyiasatan falsafah yang sebenar bukanlah sekadar sesuatu yang dapat dikesan oleh deria, tetapi lebih merupakan isi kandungan kesedaran a priori seseorang tentang sesuatu. Dengan menyiasat keadaan dan proses mental dan intelektual secara terperinci, Husserl yakin bahawa sifat asas atau kesedaran seseorang atau sesuatu fenomena dapat didedahkan. Implikasinya adalah terhadap kesedaran seseorang pengamat yang merupakan punca dan pusat kepada makna dan ilmu. Dalam kritikan penghayatan karya dan penelitian sifat asas dan inti patinya. Oleh itu, kritikan sastera fenomenologi m |
stream of consciousness | aliran kesedaran | Kesusasteraan | Tiada | Teknik naratif yang mendedahkan segala isi dan aktiviti dalaman minda watak pada semua tahap kesedaran untuk menggambarkan alirannya yang tidak tersusun dan tidak berkesinambungan. Isi dan aktiviti tersebut termasuklah yang berbentuk memori, persepsi indera, emosi dan renungan. Tujuan teknik ini adalah untuk menyerlahkan imej, perasaan dan pemikiran yang melintasi minda watak tanpa mementingkan logik nahu. Justeru, rakaman pemikiran dan perasaan watak muncul sebagai pengaliran yang tidak diaturkan. Walau bagaimanapun, seseorang pengarang masih boleh menstrukturkan asosiasi yang seolah-olah rambang demi memperkaya persoalan dan wawasan yang ingin diterokai. Contohnya, novel Ulysses oleh James Joyce mendedahkan pemikiran dan perasaan protagonisnya, iaitu Leopold Bloom. Walau bagaimanapun, struktur dan makna masih boleh ditemui apabila Joyce menggunakan mitos Yunani tentang pengembaraan watak Ulysses untuk menggarap lapisan dalaman Leopold Bloom. Berbeza dengan Joyce yang menggunakan mitos Yunani, Virginia Woolf |
stream of consciousness | aliran kesedaran | Kesusasteraan | Tiada | Teknik naratif yang mendedahkan segala isi dan aktiviti dalaman minda watak pada semua tahap kesedaran untuk menggambarkan alirannya yang tidak tersusun dan tidak berkesinambungan. Isi dan aktiviti tersebut termasuklah yang berbentuk memori, persepsi indera, emosi dan renungan. Tujuan teknik ini adalah untuk menyerlahkan imej, perasaan dan pemikiran yang melintasi minda watak tanpa mementingkan logik nahu. Justeru, rakan pemikiran dan perasaan watak muncul sebagai pengaliran yang tidak diaturkan. Walau bagaimanapun, seseorang pengarang masih boleh menstrukturkan asosiasi yang seolah-olah rambang demi memperkaya persoalan dan wawasan yang ingin diterokai. Contohnya, novel Ulysses oleh James Joyce mendedahkan pemikiran dan perasaan protagonisnya, iaitu Leopold bloom. Walau bagaimanapun, struktur dan makna masih boleh ditemui apabila Joyce menggunakan mitos Yunani tentang pengembaraan watak Ulysses untuk menggarap lapisan dalam Leopold Bloom. Berbeza dengan Joyce yang menggunakan mitos Yunani, Virginia Woolf dal |
dissociative disorder | kecelaruan disosiatif | Psikologi | Psikologi Umum | Satu keadaan yang melibatkan gangguan atau kegagalan fungsi ingatan, kesedaran atau persepsi. Individu yang mengalami kecelaruan ini akan kehilangan sebahagian daripada kesedaran atau ingatan sehingga identiti individu itu boleh tergugat dengan teruk. Menurut DSM-IV-TR, terdapat empat jenis kecelaruan disosiatif, iaitu kecelaruan depersonalisasi, amnesia disosiatif, fug disosiatif dan kecelaruan identiti disosiatif. |
anagnorisis | anagnorisis | Kesenian | Drama dan Teater | Kesedaran sesuatu watak dalam drama atau teater yang memperlihatkan perubahan daripada sifat tidak peduli kepada sifat prihatin. Contohnya, dalam drama bertajuk Oedipus Rexkarya Sophocles, anagnorisis berlaku apabila Oedipus mengetahui dia telah membunuh ayahnya sendiri, iaitu Laius. Anagnorisis berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud ‘kesedaran’. |