accelerated stability testing | ujian kestabilan terpecut | Farmasi | Farmaseutik | Ujian untuk menentukan kestabilan bahan aktif atau kestabilan sediaan terhadap suhu, kelembapan, cahaya dan atmosfera, untuk menentukan tempoh penyimpanan sediaan yang sebenar (tarikh luput). Ujian ini dijalankan pada tempoh yang jauh lebih singkat daripada ujian kestabilan biasa. Lihat juga ujian kestabilan. |
stability testing | ujian kestabilan | Farmasi | Farmaseutik | Ujian untuk menentukan kestabilan bahan aktif atau kestabilan sediaan setelah pemprosesan atau mengikut tempoh masa tertentu. Contoh parameter yang diuji termasuk kepekatan kandungan bahan aktif dan sifat fisiko-kimia sediaan. Lihat juga kebuk kestabilan. |
static stability | kestabilan statik | Sains | Hidrometeorologi | Keadaan atmosfera yang berkeseimbangan hidrostatik apabila berdasarkan alihan menegak, biasanya dikira dengan kaedah kompok. Kestabilan ini berlaku sekiranya kompok teralih dikenakan suatu daya apungan yang melawan daya alihan, umpamanya, suatu kompok teralih ke atas menjadi lebih sejuk daripada persekitaran barunya. Keadaan ini terjadi sekiranya T, dengan ialah kadar tukaran persekitaran dan T ialah kadar tukaran proses adiabatik kering bagi udara tak tepu dan adiabatik tepu bagi udara tepu. Frekuensi ayunan kompok teralih sekitar aras imbangannya ialah dengan ialah pecutan graviti, T suhu Kelvin, dan suhu keupayaan. Istilah ini juga dikenali sebagai kestabilan hidrostatik, kestabilan menegak, kestabilan olakan. |
emulsion stability tester | penguji kestabilan emulsi | Kejuruteraan | Petroleum | Sejenis alat yang digunakan untuk menentukan kestabilan emulsi air di dalam minyak. Biasanya digunakan untuk menguji kestabilan lumpur emulsi. Alat ini terdiri daripada satu jalur elektrod (proba) dan litar elektrik. Proba dibenamkan ke dalam contoh lumpur yang akan diuji. Voltan diberikan pada elektrod-elektrod dan ditingkatkan secara perlahan, sehingga terjadi aliran elektrik antara elektrod-elektrod melalui larutan lumpur. Adanya aliran elektrik ini menunjukkan terjadinya pemecahan emulsi. |
herbal stability | kestabilan herba | Herba | Tiada | Keadaan keutuhan dan integriti herba semasa penstoran, pemprosesan dan pemasaran. Kestabilan herba adalah penting untuk menjamin kualiti keselamatan dan keberkesanannya. Faktor yang mempengaruhi kestabilan ialah persekitaran seperti kelembapan, suhu, cahaya dan bahan pengoksida, dan faktor biologi dalaman seperti enzim dan luaran seperti serangan bakteria, kulapuk dan infestasi. |
stability chamber | kebuk kestabilan | Farmasi | Farmaseutik | Alat yang digunakan untuk ujian kestabilan sesuatu bahan. Persekitaran di dalam kebuk boleh dikawal dari segi suhu, kelembapan dan pencahayaan. Sinonim kebuk persekitaran, kebuk kelembapan. Lihat juga ujian kestabilan. |
formal stability studies | kajian kestabilan formal | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Siri ujian yang perlu dilakukan terhadap produk akhir herba yang disimpan dalam tempoh tertentu dan diuji mengikut kekerapan dan protokol yang ditetapkan. Kajian kestabilan formal bertujuan untuk menentukan kestabilan dan jangka hayat produk. Kajian ini terdiri daripada ujian kestabilan dipercepat dan jangka panjang yang dilakukan sekurang-kurangnya pada dua kelompok produk. |
inertial stability | kestabilan inersia | Sains | Hidrometeorologi | Sejenis kestabilan dinamik, yang berkaitan dengan peredaran bumi, yang di dalamnya suatu zarah udara, yang terbenam di dalam aliran angin di sepanjang suatu bulatan latitud, cenderung untuk kembali ke latitud tersebut apabila teralih sedikit darinya. Kestakbilan inersia terjadi apabila alihan seperti ini menghasilkan pecutan zarah menjauhi latitud asalnya. Syarat untuk kestabilan ialah parameter Coriolis mesti melebihi penambahan keudara komponen angin barat geotrofi, iaitu Demikian juga ketakstabilan terjadi apabila Keadaan yang serupa terjadi kepada arus udara timur-barat dan mungkin diperkembang kepada alihan sepanjang permukaan isentropik condong yang mungkin sekali akan menyebabkan ketakstabilan. Kriteria untuk kestabilan di dalam arus sedemikian ialah ; dengan ialah halaju dan pembezaan adalah normal terhadap aliran sepanjang permukaan isentrop. Khususnya, kriteria ini digunakan hanya dalam kes aliran lurus tanpa ubahan halaju sepanjang aliran. Dalam kes aliran bengkok yang lebih umum dengan ubahan h |
stability constant | pemalar kestabilan | Kimia | Kimia Analisis | Pemalar yang menyatakan kestabilan suatu kompleks. Ia merupakan hasil darab kepekatan hasil tindak balas terhadap hasil darab kepekatan bahan tindak balas. Bagi satu kompleks MLn, yang terbentuk daripada tindak balas ion logam Mn+ L, pemalar kestabilan adalah seperti yang berikut: |
directional stability | kestabilan berarah | Aeroangkasa | Tiada | Kestabilan mengelilingi satah menegak sesebuah pesawat udara. Contohnya kecenderungan untuk kembali ke kedudukan asal semasa merewang.,Rintangan yang perlu diatasi apabila pesawat udara terbang melalui laju bunyi.,1. Taksi: Pergerakan pesawat udara dengan kuasa sendiri di kawasan darat pelabuhan udara selain daripada untuk berlepas dan mendarat.,Kestabilan mengelilingi satah menegak sesebuah pesawat udara. Contohnya kecenderungan untuk kembali ke kedudukan asal semasa merewang. |