Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.syu.ku.ran] | کشوکورن

Definisi : rasa syukur: tidak dapat digam­barkan lagi kesukaan dan ~ mereka pd ketika itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.syu.ku.ran] | کشوکورن

Definisi : hal atau rasa syukur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kesyukuran


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
paeanpaeanKesusasteraanTiadaLagu puji-pujian untuk menyatakan keseronokan dan meraikan kemenangan. Pada asalnya, paean ialah lagu kesyukuran khususnya untuk Dewa Apollo sempena meraikan kemenangan dalam peperangan. Seterusnya, kegunaan paean diperluaskan kepada dewa lain dan tokoh dalam tentera.
ponotoburan (Du.)ponotoburan (Du.)KesenianTiadaTalam daripada bundusan, rotan, mengkuang atau kercut, berbentuk segi empat, berbucu empat, digunakan untuk mengisi beras dalam upacara pemujaan sebagai tanda kesyukuran.
berzanjiberzanjiKesusasteraanPuisiPuisi yang berbentuk bebas sama ada dalam aspek rima akhir, jumlah perkataan dalam baris mahupun jumlah baris dalam sesuatu rangkap atau untai. Puisi yang tergolong dalam kategori berzanji ini merupakan sejenis zikir yang intinya mengandungi unsur-unsur keagamaan, adat istiadat dan puji-pujian kepada Allah s.w.t. Sebagai contoh dapat dilihat daripada petikan di bawah. Kumulakan karangan ini, dengan nama Tuhan Ilahi Kumohon limpahan berkat atas segala nikmat yang telah diberi Kuucapkan pujian kepada Allah sebenar-benar puji Kuiringkan pujian dengan kesyukuran yang amat tinggi.

Kembali ke atas