Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ter.la.luan] | کترلالوان

Definisi : 1. hal yg berlebih-lebihan, keadaan yg melampau, hal atau perbuatan yg melampaui batas (tatatertib dll): rakan sekerja Darwisah juga sudah meluat melihat ~ itu; 2. teramat sangat, terlalu, berlebih­lebihan, melampaui batas: tindakan ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ter.la.luan] | کترلالوان

Definisi : 1 keadaan terlalu atau keadaan yg melampaui batas: Tindakannya itu dianggap sbg ~. 2 (teramat) sangat melebihi had; melampau: Perbuatan itu sudah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lalu
1. Bersinonim dengan berjalan
( melintas, melewati, )
(kata kerja:)

2. Bersinonim dengan berdaya
( larat, bertenaga, bermaya, )
(kata kerja:)

3. Bersinonim dengan kemudian
( sesudah itu, selepas itu, setelah, justeru itu, maka, )
(kata tugas:)

4. Bersinonim dengan lewat
( menjangkaui, melampaui, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : berlalu, melalui, melalukan, terlalu, keterlaluan, laluan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
over readingtafsiran berlebihanKesusasteraanTiadaTaksiran keterlaluan daripada pembaca melalui proses pembacaan. Pembacaan yang berlebih-lebihan khususnya dalam teks sastera mendorong pembaca atau pentafsir mencari makna yang tidak hadir dalam teks tersebut, atu berasaskan fantasinya semata-mata. Menurut pengkritik William Empson, unsur ketaksaan dalam teks yang dikaji secara keterlaluan boleh menjurus kepada tafsiran yang berlebih-lebihan ini.
hairsplittingketerlaluanSejarahTiadaTiada
ultraultraKesusasteraanTiadaKeadaan yang keterlaluan atau berlebih-lebihan.
cancerphobiakanserfobiaPerubatanTiadaTakut yang keterlaluan terhadap penyakit kanser.
hyperacutehiperakutPerubatanTiadaAkut yang keterlaluan.
bradykinesiabradikinesiaPerubatanTiadaPergerakan yang keterlaluan lambatnya.
astrapophobiaastrapofobiaPerubatanTiadaTakut yang keterlaluan terhadap kilat atau takut disambar petir.
hypercriticalhiperkritisKomunikasiTiadaSikap yang keterlaluan semasa mengkritik terhadap apa sahaja bahan yang dibaca, ditonton, didengar dan sebagainya.
tautologytautologiKesusasteraanTiadaPengulangan secara keterlaluan sesuatu idea (perkataan, frasa, ucapan). Penggunaan perkataan atau frasa yang berlainan bagi menyatakan idea yang sama tanpa sebarang perbezaan dari segi penjelasan atau penekanan kepada pengucapan tersebut. Tautologi dianggap sebagai kecacatan stail. Contohnya, �lelaki bagaikan gajah yang tersergam itu sangat besar saiznya�, atau �saya sendiri secara peribadi...�, dan �raksasa gergasi yang suka makan orang�. Tautologi sebenarnya melanggar petunjuk Grice berkenaan kuantiti dan cara. Hal ini demikian kerana tautologi bersifat tidak memberikan maklumat serta mengulang-ulang sesuatu yang sudah diketahui, namun bukan semua tautologi melencong secara jelas atau tidak boleh diterima. Apabila tautologi berlaku dalam wacana, seseorang dapat membuat kesimpulan makna daripadanya, iaitu tautologi mempunyai tujuan pragmatik yang khusus untuk menegaskan sesuatu. Tautologi berasal daripada perkataan Yunani bermaksud �mengatakan yang sama�.
hidrosishidrosisPerubatanTiada2. Perpeluhan yang keterlaluan.
12345

Kembali ke atas