stress concentration | tumpuan tegasan | Aeroangkasa | Tiada | Kawasan tempatan yang meningkat tegasannya disebabkan perubahan susuk secara tiba-tiba, reka bentuk yang tidak baik dan ketidaktepatan pembuatan.,Kawasan tempatan yang meningkat tegasannya disebabkan perubahan susuk secara tiba-tiba, reka bentuk yang tidak baik dan ketidaktepatan pembuatan. |
borehole effect | kesan lubang gerek | Geologi | Tiada | Pengaruh yang membawa kepada ketidaktepatan pengukuran sesuatu alat pengelogan telaga yang disebabkan oleh ketidakseragaman geometri lubang telaga dan persekitaran lubang telaga tersebut. |
distrotion | herotan; pengherotan | Perubatan | Tiada | 1. Perubahan dari bentuk asal, menyebabkan ketidaktepatan bentuk. |
borehole effect | kesan lubang telaga | Kejuruteraan | Petroleum | Pengaruh yang membawa kepada ketidaktepatan pengukuran sesuatu alat pengelogan telaga yang disebabkan oleh ketidakseragaman geometri lubang telaga serta persekitaran lubang telaga tersebut. Perkara-perkara yang berpengaruh besar termasuklah saiz serta bentuk lubang, kegerutuan (rugositi) lubang, jenis bendalir yang mengisi lubang dan kehadiran kek lumpur. |
instrument error | ralat alat | Kejuruteraan | Tiada | Kelainan dalam kuantiti yang diukur disebabkan ketidaktepatan peralatan yang digunakan, kerintangan dan sebagainya. |
bai‘ jizaf | jual beli borong | Perniagaan Islam | Tiada | Akad jual beli barangan secara borong yang melibatkan barangan yang sukar untuk dihitung, ditimbang atau tidak diketahui kuantiti dan keadaan sebenar produk tersebut. Contohnya, pembelian selonggok produk makanan bijirin atau buah-buahan. Urus niaga ini terkecuali daripada rukun jual beli kerana ketidaktepatan jumlah barangan tetapi diharuskan syarak atas keperluan manusia dan kemudahan perniagaan. Bai‘ jizaf juga dikenali sebagai bai‘ mujazif atau bai‘ jazaf. |