primary instant centre | pusat ketika utama | Mekanik | Gunaan | Semua pusat ketika yang boleh dikenal pasti melalui pemeriksaan semata-mata. Pusat ketika utama adalah seperti yang berikut: pusat ketika untuk penghubung-penghubung tersambung oleh cemat; pusat ketika bagi jasad yang menggelangsar; pusat ketika bagi jasad yang berguling; dan pusat ketika bagi mekanisme yang mengalami sentuhan langsung sama ada sentuhan gelangsar atau sentuhan guling. Lihat juga pusat ketika. |
instantaneous centre; instant centre | pusat ketika | Mekanik | Gunaan | 1. (instantaneous centre) Lihat pusat halaju sifar ketika. 2. (instant centre) Pusat sepunya bagi dua jasad dengan halajunya pada kedua-dua jasad itu mempunyai magnitud dan arah yang sama. Contoh pusat ketika ialah sambungan dua penghubung pada mekanisme. Bilangan pusat ketika N bagi mekanisme yang mempunyai n penghubung diberikan oleh ungkapan N = n (n – 1)/2. |
instantaneous value | nilai ketika | Teknik | Elektrik | Nilai sebenar pada sesuatu ketika dalam arus ulang-alik, iaitu di antara sifar dengan nilai maksimum mengikut ketika yang dipilih. |
instantaneous axis of rotation | paksi putaran ketika | Mekanik | Gunaan | Paksi yang melalui suatu titik tetap di ruang tiga dimensi dan, pada ketika yang diperhitungkan, menjadi paksi putaran bagi jasad yang sedang berputar di sekitar titik berkenaan. Paksi putaran ketika mewakili garis tindakan bagi vektor halaju sudut jasad tersebut pada ketika itu. paksi ini berubah kedudukannya di ruang dan juga berubah kedudukannya berbanding dengan jasad berkenaan. Londar paksi itu di ruang membentuk kerucut ruang; jika perubahan kedudukan paksi itu dilihat berbanding dengan jasad berkenaan, londarnya membentuk kerucut jasad. Lihat juga kerucut ruang, kerucut jasad. |
instantaneous centre of zero velocity | pusat halaju sifar ketika | Mekanik | Gunaan | Titik ketika yang merupakan pusat putaran tulen bagi jasad yang sedang mengalami gerakan satah umum. Titik ini ditentukan dengan mengenakan sayrat bahawa titik yang jasad ialah silangan bagi dua garis jejarian yang normal terhadap vektor halaju di dunia titik pada jasad itu [Rajah P11]. Pada ketika yang diperhitungkan, jasad yang berkenaan boleh dianalisis sebagai jasad yang sedang berputar secara tulen di sekitar titik berkenaan, iaitu tiada gerakan alihan yang terlibat. Titik ini dinamai pusat halaju sifar kerana, pada umumnya, sebarang gerakan satah umum boleh diwakili oleh alihan sebarang titik C dan putaran jasad itu di sekitar C; komponen alihan gerakan tidak wujud apabila C ialah pusat halaju sifat ketika. |
instantaneous acceleration | pecutan ketika | Mekanik | Gunaan | Pecutan jasad pada sesuatu ketika dalam jangka masa gerakannya. |
instantaneous velocity | halaju ketika | Mekanik | Gunaan | Halaju yang dialami oleh jasad pada suatu ketika yang tertentu dalam tempoh gerakannya. Berdasarkan takrifnya, halaju purata yang dialami oleh jasad apabila bergerak dengan sesaran terhingga δs dalam masa yang terhingga δt ialah vpur = δs/δt. |
metacentre | metapusat | Kejuruteraan | Tiada | Titik andai persilangan antara garis yang melalui pusat timbul ketika kapal condong dengan ketika kapal tegak. |
half-stitch | jahit longgar | Kesenian | Tiada | 1. Jahitan terbuka dan longgar yang digunakan ketika membuat renda biku.,2. Ketika mengait atau membuat kroset, dua mata kait digunakan sebagai satu dan dua mata kait yang lain menjadi satu sebagai penyudah tepi. |
saturation temperature | suhu tepu | Farmasi | Tiada | 1. Suhu ketika wap akan mula memeluwap menjadi cecair. 2. Suhu ketika cecair dan wapnya wujud dalam keseimbangan. 3. Suhu takat embun. |