Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Jw lakonan yg ceritanya disampai­kan dgn nyanyian dan tarian berserta bunyi­-bunyian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ketoprak I


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ketoprakketoprakMuzikTiada

 Teater opera dari Yogjakarta, Jawa Tengah yang menggabungkan muzik, dialog, lakonan dan tarian. Teater ini wujud pada abad ke-19 dan dipersembahkan di pentas prosenium untuk hiburan rakyat jelata. Ceritanya berkisarkan golongan bangsawan dari Jawa, Arab, China dan Eropah. Ensembel gamelan Jawa mengiringi nyanyian dan cerita dalam teater ini. Keto­prak mempunyai ciri persamaan dalam gaya pementasan de­ngan opera lain yang terdapat di Asia Tenggara seperti stam-bul di Jawa Tengah, ludruk di Jawa Timur, <i>zarzuela i>di Fili-pina, <i>likay i>di Thailand, bangsawan di Malaysia d

tembangtembangKesenianDrama dan TeaterBentuk puisi yang digunakan dalam lakon tradisional Indonesia seperti arja di Bali dan ketoprak di Jawa.
bangsawanbangsawanMuzikTiada

Opera Melayu yang merupakan teater baru pada abad ke-19 dan abad ke-20. Bangsawan terdiri daripada cerita, muzik instrumental, nyanyian solo dan berkumpulan serta selingan yang dikenali sebagai <i>extra-turn, i>Cerita atau watak adalah tentang golongan bangsawan. Bangsawan dipersembahkan di pentas prosenium dengan iringan orkestra Melayu yang terdiri daripada alat muzik Barat, India dan Melayu. Dalam bangsawan, cerita Melayu, Arab, Cina, Barat dan India dipentaskan. Manakala tarian dan muzik pula menggabungkan ciri Barat, Melayu, Arab, Cina dan India. Teater ini mempunyai ciri persamaan dengan opera lain yang terdapat di Asia Tenggara seperti stambul dan ketoprak dari Jawa Tengah, ludruk dari Jawa Timur, <i>zarzuela i>dari Filipina, li<i>kay i>dari Thailand dan <i>hat cat luong i>dari Vietnam.

ludrukludrukMuzikTiada

 Opera atau teater popular yang wujud pada abad ke-19 di Jawa Timur, khususnya daerah Surabaya. Teater ini terdiri daripada muzik nyanyian, tarian dan cerita. Cerita rakyat menggambarkan kehidupan seharian yang dipersembahkan di pentas prosenium. Selingan komik antara babak yang dilakonkan oleh lelaki berpakaian perempuan yang menjadi daya tarikan audiens. Opera ini diiringi ensembel gamelan Jawa. Opera ini mempunyai ciri persamaan dalam gaya pementasan dengan opera lain yang terdapat di Asia Tenggara, iaitu ketoprak di Jawa Tengah, <i>zarzuela i>di Filipina, <i>likay i>di Thailand, bangsawan di Malaysia dan <i>hat cai lu


Kembali ke atas