Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.tum.bit] | کتومبيت

Definisi : 1. sj tumbuhan (herba) ketumbak, Leucas lavandulifolia; 2. sj tumbuhan (pokok), Saurauja tristyla; ~ akar sj tumbuhan (herba), rumput anak temot, rumput setandang, rumput setawar, rumput sumpu, rumput susur, Borreria articularis (hispida); ~ hitam sj tumbuhan (herba), Polygala venenosa; ~ jantan sj tumbuhan (rum­pai), tetambak merah, Emilia sonchifolia; ~ padang sj tumbuhan (rumput), rumput babi, Synedrella nodiflora. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.tum.bit] | کتومبيت

Definisi : Kd, Pr bintil atau tembel (pd mata). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.tum.bit] | کتومبيت

Definisi : bintil kecil pd mata; tembel. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ketumbit


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bunga ketumbitbunga ketumbitKesenianTiadaMotif ukiran berunsur tumbuhan berbentuk pokok atau bunga ketumbit, lazimnya terdapat pada bahagian tengah ukiran.
Leucas zeylanicaketumbitHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan herba bersaiz kecil dan bercabang dalam famili Labiatae. Tumbuhan ini tumbuh liar di kawasan tanah terbiar, terutama tanah pasir berhampiran laut. Keseluruhan tumbuhan berbulu halus dan beraroma kuat. Daunnya jenis ringkas, bersaiz kecil, tirus dihujung dan tepinya bergerigi halus. Bunganya kecil dan berwarna putih tersusun pada jambak yang padat. Daunnya yang telah dilumatkan dibuat pupuk untuk merawat luka, bengkak dan kegatalan pada kulit serta sakit kepala vertigo. Ubat pupuk ini juga boleh disapu pada abdomen untuk merawat kecacingan, melegakan sakit perut sama ada disebabkan oleh angin ataupun selepas bersalin. Jus daunnya boleh dibuat tonik atau campuran jamu.
Euphorbia hirtaAra TanahPertanianTiadaTumbuhan dalam famili Euphorbiaceae ini juga dikenali sebagai keremak susu, gelang susu, ambin jantan, lancang dan gendong anak. Tumbuhan ini jenis herba bersaiz kecil dan berbulu. Daunnya tersusun bertentang dan berbentuk lonjong, tangkai daunnya sangat pendek. Bunganya sangat kecil dan berbulu. Getahnya mengandungi alkohol mirikil, tarakserol, fridelin, flavonoid dan tanin. Tumbuhan ini hidup liar di merata tempat. Getahnya digunakan secara luaran untuk merawat sakit mata, kudis, bisul, ketumbit dan puru. Air rebusan atau seduhan digunakan untuk merawat lelah, bronkitis, disentri, bengkak dalam perut, bengkak payudara, diarea, kencing berdarah, sakit kepala, mengeluarkan kahak, melawas kencing dan sebagai ubat kumur untuk mengubati sakit gigi. Tumbuhan ini mempunyai sedikit kesan narkotik, hemostatis, penenang (sedative) dan sudorifik.
Euphorbia hirtaara tanahHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan dalam famili Euphorbiaceae yang dikenali juga sebagai keremak susu, gelang susu, ambin jantan, lancang dan gendong anak. Tumbuhan ini jenis herba bersaiz kecil dan berbulu. Daunnya tersusun bertentang dan berbentuk lonjong, dan tangkai daunnya sangat pendek. Bunganya sangat kecil dan berbulu. Getahnya mengandungi alkohol mirikil, tarakserol, friedelin, flavonoid dan tanin. Tumbuhan ini hidup liar di merata tempat. Getahnya digunakan secara luaran untuk merawat sakit mata, kudis, bisul, ketumbit dan puru. Air rebusan atau seduhannya digunakan untuk merawat lelah, bronkitis, disentri, bengkak dalam perut, bengkak payudara, cirit-birit, kencing berdarah, sakit kepala, mengeluarkan kahak, melawaskan kencing dan sebagai ubat kumur untuk mengubati sakit gigi. Tumbuhan ini mempunyai sedikit kesan narkotik, hemostatis, penenang dan sudorifik.

Kembali ke atas