regionalism | fahaman kedaerahan; regionalisme | Kesusasteraan | Tiada | 1. Sastera yang memberikan keutamaan kepada sesuatu daerah atau tempat untuk menjadi bahan gambaran atau cerita oleh seorang atau sekelompok. |
priority | keutamaan | Kejuruteraan | Tiada | 1. Sifat yang menentukan kesegeraan relatif bagi sesuatu proses.,2. Tertib yang diikuti oleh sesuatu sistem dalam menunaikan permintaan perkhidmatan yang serentak.,3. Nombor yang diberikan kepada peranti atau peristiwa, dalam atur cara komputer, yang menentukan tertib ia akan dilayani.,4. Jujukan yang menentukan beberapa masukan dan tugas tentu diproses, atau peranti perisian dilayani. |
convertible security | sekuriti boleh tukar | Pentadbiran | Tiada | 1. Sekuriti yang boleh dijadikan lain bagi syarikat yang sama, contohnya, bon kepasa saham biasa. 2. Bon atau saham keutamaan yang boleh ditukarkan kepada sebilangan tertentu saham biasa mengikut pilihan pemegang sekuriti. |
hedonic scale | skala hedonik | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | Sejenis ujian keutamaan yang menggunakan skala untuk mengukur darjah kesukaan dan ketidaksukaan ahli panel terhadap sesuatu sampel makanan. Biasanya skala 1-9 digunakan. |
common effective preferential tariff scheme | skim tarif keutamaan efektif umum (CEPT) | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Skim dalam Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) yang mewajibkan tarif dikurangkan secara beransur-ansur kepada kadar 0 hingga 5 peratus bagi barangan yang didagangkan antara negara AFTA. Skim ini bermula pada 1 Januari 1993 dan sepatutnya dilaksanakan sehingga sempurna pada tahun 2003. Terdapat tiga pengecualian dalam skim ini, iaitu pengecualian sementara, produk pertanian sensitif dan pengecualian umum. Skim CEPT diganti oleh Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN (ATIGA) pada tahun 2010, yang membentuk sebahagian daripada Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC). |
above the line/ below the line | atas garisan / bawah garisan | Komunikasi | Korporat | 1. Garis pemisah, penentu jenis autoriti dan pelaksanaan organisasi. Jenis autoriti yang terlibat dalam menentukan dasar, perancangan, penentuan konsep dan pembuatan keputusan terkandung dalam kelompok atas garisan. Jenis autoriti yang terlibat dalam melaksanakan keputusan pula tergolong dalam kelompok bawah garisan. 2. Kaedah mengenali jenis aktiviti promosi barangan dan perkhidmatan. Aktiviti perancangan promosi yang melibatkan pendekatan 4P (product, place, price dan promotional) dikenali sebagai aktiviti atas garisan (A/L). Pendekatan 4P memberikan keutamaan kepada aspek perancangan barangan, tempat, harga, dan promosi termasuk perancangan pengiklanan. Aktiviti promosi diperingkat pelaksanaan yang melibatkan pengguna dan barangan pula dikenali sebagai aktiviti bawah garisan (B/L). Aktiviti bawah garisan ini dilaksanakan terus kepada pengguna. Contohnya, aktiviti yang bersifat pertandingan yang dikaitkan dengan barangan dan perkhidmatan, pemberian lebihan barangan dengan harga yang sama atau promosi beli |