humidity mixing ratio | nisbah campuran kelembapan | Sains | Hidrometeorologi | Nisbah, jisim wap air, terhadap jisim udara kering, yang dengannya wap air dikaitkan, iaitu Jika ialah tekanan wap, tekanan jumlah dan nisbah ketumpatan wap air dan udara kering maka Oleh sebab adalah kecil berbanding dengan maka bernilai kecil, kira-kira 0.01 kg/kg. Oleh itu, secara mudah selalunya dihuraikan dalam g/kg. |
seed density | kepadatan biji benih | Pertanian | Agronomi | Kuantiti atau bilangan biji benih yang digunakan untuk penanaman bagi satu unit kawasan. Contohnya, 25 kg - 30 kg biji benih padi digunakan untuk menanam padi seluas 1 hektar. Terdapat kepadatan biji benih yang optimum dan memberikan hasil terbaik untuk tanaman tertentu. |
hardboard | papan gentian keras | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Papan gentian yang mempunyai ketumpatan melebihi 500 kg/m3. Papan jenis ini dibahagi kepada dua kelas, iaitu papan gentian keras ketumpatan sederhana yang mempunyai ketumpatan antara 500 kg/m3 hingga 800 kg/m3, dan papan gentian keras ketumpatan tinggi yang mempunyai ketumpatan melebihi 800 kg/m3. |
structural insulating board | papan penebatan struktur | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Papan penebatan yang mempunyai ketumpatan antara 160 kg/m3 hingga 500 kg/m3, dan menghasilkan tanpa penggunaan haba dan tekanan. |
lightweight concrete | konkrit ringan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Konkrit yang dibentuk dengan menggunakan agregat ringan dan mempunyai ketumpatan di antara 300 kg/m3 hingga 1850 kg/m3. |
animal unit | unit haiwan | Pertanian | Agroteknologi | Piawaian yang digunakan dalam kajian haiwan untuk kegunaan pertanian. Satu unit haiwan telah ditetapkan beratnya 1000 lb (454 kg) dan keperluan forajnya ialah 26 lb (12 kg) bagi satu hari. Sekiranya ternakan ini beratnya 700 lb (318 kg), maka ia bersamaan dengan 0.7 unit haiwan. Bagi haiwan lain seperti kuda yang beratnya 1300 lb (590 kg), adalah bersamaan dengan 1.2 unit haiwan dan biri-biri yang beratnya 120 lb (54 kg) adalah bersamaan dengan 0.2 unit haiwan. Kegunaan unit ini adalah untuk menyelaraskan kadar muatan haiwan dalam sesuatu kawasan padang ragut. |
buclizine | buklizina | Kimia | Forensik | Nama dagang, Budadin. Ubat antihistamina yang digunakan untuk merawat alergi dan selesema, dan sebagai sedatif. Dos parah akut adalah anggaran 25 mg/kg 250 mg/kg. Dalam dos toksik, bahan ini menyebabkan perangsangan kompleks pada sistem saraf pusat dan kesan depresan, sebahagiannya ekoran kesan antikolinergik bak atropina. |
brompheniramine | bromfeniramina | Kimia | Forensik | Ubat antihistamina yang digunakan untuk merawat pelbagai tindak balas alergi, termasuk hidung tersumbat, tindak balas kulit, dan gatal-gata!. Dos parah ialah 25 mg/kg - 250 mg/kg. |
dissociative anaesthesia | anestesia disosiatif | Perubatan | Tiada | Keadaan pesakit yang pengsan disebabkan pemberian suntikan agen induksi ketamin. Pesakit pengsan beberapa minit selepas suntikan intravena ketamin dengan kadar 1 mg/kg hingga 2 mg/kg dan terus pengsan sehingga 15 minit. Anestesia disosiatif biasanya diberikan kepada pesakit pediatrik yang menjalani pembedahan kecil dan masa pembedahan yang pendek seperti berkhatan, prosedur radiodiagnostik-neurologikal, prosedur terapeutik, penukaran pembalut luka, dan pemeriksaan mata bayi. |
oil extraction rate | kadar pengekstrakan minyak | Pertanian | Agroteknologi | Kadar berat minyak yang dapat diekstrak daripada tandan buah segar kelapa sawit. Biasanya, kadar ini ialah 20%, iaitu daripada 100 kg buah segar, 20 kg minyak sawit akan dapat dihasilkan. Singkatan OER. |