Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kha.raj] | خرج

Definisi : Ar cukai hasil drpd kegiatan ekonomi yg dikenakan ke atas individu bukan Islam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kharaj


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
land taxkharajEkonomiEkonomi IslamBayaran cukai yang dikenakan oleh pemerintah terhadap petani bukan Islam yang mengerjakan tanah sama ada milik sendiri atau milik kerajaan. Kharaj terdiri daripada dua jenis iaitu kharaj amaliah dan kharaj muqasamah.
kharaj amaliahkharaj amaliahEkonomiEkonomi IslamCukai tanah yang dikenakan oleh pemerintah berdasarkan keluasan tanah. Contohnya, 20 peratus hasil pertanian daripada keluasan tanah atau tanah bahagian timur untuk pemilik tanah dan tanah di bahagian barat untuk pengusaha.
kharaj muqasamahkharaj muqasamahEkonomiEkonomi IslamCukai tanah yang dikenakan oleh pemerintah berdasarkan hasil tanaman. Contohnya, 20 peratus daripada jumlah hasil pertanian adalah cukai.
kharajcukai hasilPerniagaan IslamTiadaNama bagi setiap bentuk sewaan dan pendapatan seperti upah, hasil atau royalti yang dibayar setahun sekali. Sinonim daribah aradiy.
kharaj masahahcukai tahunanPerniagaan IslamTiadaCukai tahunan yang dibayar kepada pihak berkuasa berdasarkan keluasan atau nilai tetap, dan dikenakan kepada pengusaha tanah kharajiyyah yang beragama Islam atau bukan beragama Islam.
kharaj muqasamahcukai hasil pertanianPerniagaan IslamTiadaCukai yang dibayar kepada pihak berkuasa berdasarkan kekerapan hasil keluaran pertanian dan dikenakan kepada pengusaha tanah kharajiyyah yang beragama Islam atau bukan beragama Islam. Contohnya, terdapat dua musim dalam setahun, dan cukai dikenakan dua kali. Cukai ini tidak boleh dimansuhkan kecuali sekiranya hasil pertanian musnah akibat bencana alam.
kharajcukai tanahPerniagaan IslamTiadaCukai yang dibayar kepada pihak berkuasa yang dikenakan kepada pengusaha tanah kharajiyyah sama ada beragama Islam atau tidak. Cukai tanah boleh dibayar berdasarkan kekerapan hasil pengeluaran atau dibayar setahun sekali mengikut budi bicara pihak berkuasa. Sekiranya berdasarkan kekerapan hasil pengeluaran, cukai ini dikenali sebagai kharaj muqasamah. Sekiranya berdasarkan tempoh setahun sekali, cukai ini dikenali sebagai kharaj masahah atau wazifah. Sinonim daribah aradiy.
itawahcukaiPerniagaan IslamTiadaLihat kharaj.
daribah aradiycukai tanahPerniagaan IslamTiadaLihat kharaj.
product distribution in proportionagihan keluaran berkadaranEkonomiEkonomi IslamKaedah pengagihan keluaran tanaman berdasarkan kadar tertentu yang dipersetujui. Contohnya, pemilik tanah dan pengusaha masing-masing mendapat agihan sebanyak 50:50 atau 40:60. Agihan seperti ini dilakukan dalam usaha sama kharaj muqasamah.
12

Kembali ke atas