umbilical | tali khidmat | Aeroangkasa | Tiada | 1. Tali khidmat: Talian untuk menyampaikan bekalan daripada kompleks pelancar kepada pesawat sebelum pelancaran atau daripada pesawat kepada angkasawan yang berada di angkasa. |
maritime meteorology | meteorologi kelautan | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | 1. Cabang meteorologi yang memberi khidmat cuaca untuk kegiatan kelautan. 2. Cabang meteorologi yang mengkaji interaksi antara laut dengan atmosfera. |
contractor fee | bayaran kontraktor | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Kos untuk khidmat nasihat dan perundingan. Kos ini dianggarkan 1.5 hingga 6% pelaburan modal tetap. |
key employee insurance | insurans pekerja penting | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Insurans hayat atau insurans kesihatan bagi pekerja penting untuk melindungi kerugian kewangan yang akan dihadapi oleh majikan jika khidmat pekerja tersebut terhenti. Polisi tersebut dimiliki dan premium dibayar oleh majikan. |
sequence of control | jujukan kawalan | Teknik | Elektrik | 1. Satu susunan peranti yang disambungkan di dalam satu litar bagi mengawal dan melindungi litar tersebut. Urutan kadar peranti ini bermula daripada yang besar kepada yang lebih kecil. Misalnya, sistem bekalan di rumah yang terdiri daripada fius khidmat yang dipasang di awal litar dan kemudian diikuti dengan meter kWj, suis utama dan akhirnya kotak fius agihan dan litar kawalan motor penghantar. 2. Susunan yang menyebabkan sesuatu litar tidak dapat dihidupkan selagi litar di atasnya tidak dimatikan atau dihidupkan mengikut kawalan yang dikehendaki. Misalnya, dalam litar lampu lalu lintas. |
insert | selitan | Komunikasi | Korporat | 1. Kertas maklumat pengiklanan atau pemberitahuan yang disisipkan bersama maklumat lain yang diedarkan kepada khalayak. Selitan boleh dimasukkan di halaman akhbar, majalah, atau di dalam selongsong. Tujuannya adalah untuk mempromosikan sesuatu barangan atau perkhidmatan, serta memperkenalkan sesebuah organisasi atau acara. 2 Maklumat pengiklanan, pengumuman khidmat awam, dan promosi rancangan yang disisipkan antara rancangan yang disiarkan di televisyen. Maklumat ini biasanya ringkas dan mempunyai daya tarikan segera untuk mendapatkan perhatian khalayak. Sinonim sisipan. |
zombie | zombie | Teknologi Maklumat | Tiada | 1.Dalam persekitaran sistem pengendalian UNIX, ia dirujuk sebagai proses atur cara yang telah mati tetapi belum lagi mengembalikan masukan jadual prosesnya ke sistem. 2.Dalam WWW, ia bermaksud tapak web yang terbiar dan lapuk kandungannya dan telah bertukar alamat. Zombie menghasilkan keadaan pautan reput. 3.Satu bentuk serangan nafi khidmat(DoS). Tapak zombie akan menerima mesej berniat jahat yang akan menjanakan banyak permintaan yang akhirnya menyebabkan tapak itu musnah atau menjadikannya lumpuh sehinggakan tidak dapat melayani permintaan lain. |
Internet worm | cecacing Internet | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | 1. Kod hasad yang berupaya tersebar sendiri melalui rangkaian. Kod ini terlebih dahulu mencari dan menentukan sasaran. Contohnya, dengan menggunakan jadual penghalaan rangkaian atau buku alamat e-mel pada sesuatu komputer. Seterusnya kod ini akan mengeksploitasi ketakteguhan sasarannya dan menjangkitinya. Selepas tersebar, salinan asal pada sistem punca akan melancarkan serangan seperti penafian khidmat atau pelancaran atur cara yang boleh merosakkan sistem. Operasi ini akan berulang untuk semua salinan kod yang tersebar. 2. Cecacing Internet 1988 atau Cecacing Morris yang dibina oleh Robert T. Morris Jr., siswazah Universiti Cornell di Amerika Syarikat. Beliau menulis kod cecacing tersebut untuk mencari sejauh mana eksploitasi sistem yang terautomasi boleh disebarkan melalui prasarana Internet. Cecacing ini menggunakan kelemahan dalam sistem pengendalian Berkeley UNIX versi 4 pada masa itu. Walau bagaimanapun, satu kesilapan pengaturcaraan pada cecacing ini menggunakan kelemahan dalam sistem pengendalian B |