kidung | kidung | Kesusasteraan | Tiada | Puisi Jawa asli yang dikarang dalam bentuk sukatan baris yang dikenali sebagai tengahan. Prinsip dasar baris kidung sama seperti sukatan baris dalam puisi Jawa moden yang dinamai macapat. Ciri-ciri umum kidung ialah jumlah baris dalam satu bait tetap sama selagi sukatan barisnya tidak diganti. Semua bait tengahan mempunyai lebih daripada empat baris. Setiap baris mempunyai suku kata yang tetap, iaitu antara 8-10 suku kata tetapi panjang baris boleh berubah mengikut kedudukannya dalam bait. Biasanya, baris kidung disusun dua atau empat dengan rima hujung yang sama. Di Kraton, Jawa Timur, puisi kidung dinyanyikan dalam bahasa Jawa untuk mengelakkan bencana dan petaka. Amalan ini merupakan sebahagian daripada budaya Jawa Kuno. Kidung dinyanyikan dengan iringan alat ensembel seperti gambang dan saron. Tema kidung biasanya bersifat sejarah, menceritakan perihal masa silam yang berkait dengan wira bangsa peribumi. Kidung juga menggunakan cerita panji sebagai temanya. Contohnya, Wangbang Widaya ialah cerita Panji ya |
kidung | kidung | Muzik | Tiada | Nyanyian puisi klasik Bali dan Jawa dalam meter asli Jawa. Liriknya tentang kasih sayang dan peperangan dalam cerita panji. Panji ialah seorang wira dari Jawa Timur yang sedang mencari isterinya, Chandra Kirana yang telah hilang. Kidung juga dinyanyikan dalam teater gambuh dengan iringan gamelan gambuh. |
tembang | tembang | Kesusasteraan | Tiada | Karangan berangkap yang dinyanyikan, biasanya berbentuk syair, pantun dan seloka. Kebanyakan puisi Jawa disampaikan dalam bentuk tembang, contohnya kidung yang dilagukan dengan iringan alat muzik gambang dan saron. Tembang berasal daripada bahasa Jawa bermaksud �nyanyian� atau �puisi�. Lihat juga kidung. |
guide marks | tanda pandu | Kesusasteraan | Tiada | Tanda-tanda yang memberi petunjuk atau pemecahan sesuatu perkara dalam sesebuah teks. Contoh: Sandi Asma dalam karya sastera Jawa dapat menjadi petunjuk kepada nama pengarangnya seperti berikut: Kidung kadresaning kapti, yayah nglamung tanpa masa, in gan silarja jatine, satata samaptaptinya, raket rakiting ruksa, tahan tumaneming siku, karasuk sakeh kasrakat. Candra Sangkala dalam sastera Jawa memberi petunjuk kepada pentarikan dan 'cap air' yang terdapat pada kertas memberi petunjuk bila naskhah itu ditulis. |
macapat | macapat | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi jawa yang bersifat peribumi. Bentuk puisi ini muncul pada zaman awal kedatangan Islam ke Tanah Jawa. Rangkap macapat terdiri daripada empat hingga sepuluh baris dengan setiap baris mempunyai tiga hingga dua belas suku kata. Semua rima hujung baris rangkapnya terdiri daripada bunyi vokal. Macapat mempunyai meter yang dikenali sebagai �tembang cilik� atau meter kecil, berbeza dengan �tembang gede� atau meter besar. Meter besar dikhaskan untuk puisi yang dipengaruhi bentuk prosodi India seperti kakawin. Bentuk meter macapat dieprkenalkan oleh para wali untuk mencipta puisi mistik atau puisi suluk yang amat popular pada kurun ke-18 dan 19. Puisi macapat biasanya dilagukan dan setiap meternya mempunyai lagu yang tersendiri. Kebanyakan rangkap macapat dinyanyikan tanpa iringan alat bunyi-bunyian. Puisi yang menggunakan bentuk meter macapat ialah puisi Kidung Rangge Lawe. Lihat juga kakawin, kidung. |
kekawin | kekawin | Muzik | Tiada | Nyanyian puisi epik dalam bahasa Kawi, iaitu bahasa Jawa kuno. Nyanyian ini dicipta di Bah dan di Jawa pada abad ke-9. Lirik puisi tentang kepercayaan dan jasa baik dewa-dewi sebagai pengajaran moral kepada masyarakat. Lihat juga kidung. |