Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ki.las] | کيلس

Definisi : 1. lingkaran rotan (utk mengikat kaki binatang, mengikat pengayuh pd keliti, dll); 2. sj penyambung yg membolehkan bahagian sesuatu yg dilekatkan (disambungkan) pada­nya berputar dgn bebas; 3. Kl gulung kain sarung pd pinggang: Muda mengeluarkan rokok daun dr ~ kainnya; 4. (Kej) daya yg menghasilkan gerakan berputar yg diukur dlm unit newton-meter, biasanya digunakan dlm motor, bagi menunjukkan kebolehannya memiuh berbanding dgn motor-motor lain; mengilas 1. mengenakan atau memasang kilas (gelang-gelang rotan), mengeratkan ikatan tali dgn mengumpil; 2. Kl menggulung kain di pinggang (ketika memakainya). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.las] | کيلس

Definisi : Mn kilat; sekilas = ~ mata = ~ pandang sekelip mata, selayang pandang, sesaat, seketika: lamunannya yg ~ itu terganggu oleh suara orang memanggil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.las] | کيلس

Definisi : berkaitan dgn pukulan dlm permainan mis badminton dan tenis, yg bahagian bela­kang tangan dlm kedudukan menghala ke pemain lawan: pukulan ~; servis ~; mengilas memulas atau memiuh (tangan): anggota polis yg menangkap pencuri itu ~ tangannya ke belakang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.las] | کيلس

Definisi : ; mengilas memutarkan atau memiuh (tangan): Polis itu ~ tangan pemuda yg ditahannya itu ke belakang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ki.las] | کيلس

Definisi : ist daya (kuasa) putar yg menyebabkan sesuatu berputar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ki.las] | کيلس

Definisi : ; sekilas (dlm) masa yg sangat singkat; seketika; sekejap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kilas


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
torsion balanceneraca kilas(an), pengimbang kilasGeografiTiadaTiada
stir frygoreng kilasMakanan dan PemakananMakananKaedah memasak makanan dengan cepat menggunakan minyak atau lemak yang sedikit pada suhu yang tinggi. Goreng kilas dilakukan dengan mengacau makanan secara berterusan di dalam kuali yang besar. Goreng kilas merupakan kaedah popular bagi orang Asia dalam penyediaan makanan.
torguekilasMekanikGunaanMomen di sekitar paksi panjang sesuatu jasad yang cenderung untuk menyebabkan sesaran sudut di sekitar paksi itu. momen itu mungkin disebabkan oleh daya atau ganding. sesaran sudut yang terhasil dinamai kilasan. Kilas tidak mempunyai sifat-sifat istimewa jika dibandingkan dengan’momen biasa’; nama ini diberikan kepadanya sekadar untuk menyatakan bahawa kesan yang dihasilkan oleh momen berkenaan ialah kilasan. Kata kilas kadangkala digunakan sebagai sama erti dengan momen dan ganding. Kilas kadangkala dinamai momen kilasan.
acceleration torquekilas pecutAeroangkasaTiadaKilas yang diperlukan untuk mempercepat atau memperlahan objek.
running torquekilas larianTeknikElektrikKilas motor apabila berputar pada kelajuan terkadar.
starting torquekilas permulaanTeknikElektrikKilas yang dihasilkan oleh motor semasa mula dihidupkan.
pullout torquekilas tarik keluarKejuruteraanTiadaKilas terbesar yang masih memungkinkan motor beroperasi di bawah tindakannya tanpa kehilangan kelajuan secara mendadak.
torsional stiffnesskekakuan kilasanMekanikGunaanRintangan aci terhadap sesaran sudut. Nilai ini memberikan kilas yang perlu untuk menyebabkan sesaran sudut unit. Kekakuan kilas diukur dalam unit newton meter, N.m (atau N.m rad-1). Simbol yang biasa digunakan untuk kekakuan kilas ialah k.
torsion metertolok kilasKejuruteraanTiadaAlat untuk mengukur kilas yang bertindak pada aci yang berputar.
torque coefficientpekali kilasKejuruteraanTiadaParameter yang menghubungkan kilas dengan kadar putaran.
12345678910...

Kembali ke atas