jack arch | gerbang jek | Kejuruteraan | Tiada | Gerbang bata atau konkrit, rentangnya kira-kira 1 m, yang dibangunkan dari bebibir bawah gelegar atau rel keluli guling. |
blood platelets | platelet darah | Bioteknologi | Tiada | Jasad tanpa warna dalam darah dengan saiz kira-kira 1/3 daripada saiz korpuskel darah, dan terhasil daripada megakariosit. Jasad ini membebaskan trombokinase apabila pecah berdekatan dengan bahagian luka. |
medium waves | gelombang sederhana | Matematik | Tiada | Gelombang radio yang mempunyai panjang gelombang antara 200 hingga 700 meter, yakni frekuensi antara kira-kira 1.5 MHz dengan 5 MHz. |
cue mark | tanda isyarat | Komunikasi | Tiada | Tanda kecil berbentuk bulatan yang tercatat di sudut atas kanan bingkai filem. Tanda ini diletakkan kira-kira 1 meter sebelum filem di gelendong berkenaan berakhir. Tujuannya ialah untuk memberi isyarat kepada jurutayang supaya bersedia untuk memutar filem di gelendong yang seterusnya. |
spectrum variables | bintang berubah spektrum | Matematik | Tiada | Bintang Ap jujuk utama aneh yang spektrumnya terdiri daripada garis logam dan nadir bumi yang kecerahannya berubah sebanyak kira-kira 0.1 magnitud dalam tempoh kira-kira 1-25 hari. |
electron | elektron | Geologi | Tiada | Zarah asas yang mempunyai cas negatif yang sama magnitudnya dengan magnitud proton dan mempunyai jisim rehat 9.1095X10-31kg, iaitu kira-kira 1/1836 kali jisim rehat proton. |
dry stage | tahap kering | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Tahap pengembangan adiabatik udara lengas tanpa wap air yang padanya udara tak tepu yang menaik itu akan menyejuk mengikut perubahan suhu adiabatik kering, iaitu kira-kira 1� per ketinggian 100 m. |
ball and burlapped | bulat dan bungkus | Pertanian | Agroteknologi | Bahagian akar pokok yang dibentuk menjadi bulat dan kemudiannya dibungkus bagi tujuan memudahkan pemindahan pokok yang besar dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Apabila sesuatu pokok selesai digali, akarnya perlu dicantas kira-kira 1 meter daripada pangkal pokok. Tanah di sekeliling akar dibiarkan melekat pada pokok dan seluruh pokok bersama-sama tanah kemudiannya dikeluarkan. Bahagian pangkal akar perlu dibalut dan diikat dengan menggunakan bahan seperti guni. Tujuannya adalah untuk mengelakkan kehilangan air daripada bahagian pangkal pokok tersebut. Pokok ini kemudiannya boleh dipindahkan ke kawasan yang baharu. |
Al Velorum Stars/RR stars | bintang Al Velorum/bintang RR | Matematik | Tiada | Kumpulan bintang denyut berubah yang dahulunya dikelaskan sebagai bintang RR Lyrae tetapi sekarang ini sudah dibuktikan bahawa bintang ini mempunyai luminositi yang lebih rendah di samping mempunyai kala yang lebih pendek, iaitu kira-kira 1.3 hingga 5 jam. |
hookworm | cacing kait | Perubatan | Tiada | Sejenis nematod usus kecil yang terdapat dengan banyak di negara tropika. Cacing kait manusia terdiri daripada dua spesies, iaitu Necator americanus dan Ancylostoma duodenale. Di Malaysia, terdapat lebih banyak N. americanus daripada A. duodenale. Panjang cacing kait dewasa ialah kira-kira 1 cm; yang jantan dicirikan dengan adanya bursa kopulasi di bahagian ekor. Cacing betina mengeluarkan lebih daripada 5000 telur setiap hari yang menetas dan menjadi larva infektif di tanah. Cacing ini menyebabkan ifeksi cacing kait. |