Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ki.ra.an] | کيراءن

Definisi : hasil mengira, hitung­an, perhitungan: segala ukuran dibuat mengikut ~ inci; barang-barang yg tersimpan di dalamnya menurut ~ saya lebih banyak drpd yg terdapat di Muzium Negara; ~ kasar hitungan kasar (tidak terperinci); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.ra.an] | کيراءن

Definisi : pertimbangan, perhitungan, taksiran: menurut kiraan ibu bapanya, Hayati sudah patut benar dikahwinkan; belakang ~ bp nanti (kemudian akan) diberi pertimbangan (per­hitungan); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.ra.an] | کيراءن

Definisi : 1 hasil mengira; cara mengira mengikut kaedah tertentu; hitungan: Ukuran itu dibuat mengikut ~ kaki. 2 taksiran (bkn baik buruknya); pertimbangan: Pd ~nya, anak itu sudah cukup besar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kira
1. Bersinonim dengan pendapat
( fikir, rasa, anggapan, sangkaan, dugaan, )
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan taksiran
( hitungan, anggaran, jangkaan, )
(kata nama:)

3. Bersinonim dengan peduli
( hirau, endah, parwah, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : kiranya, sekiranya, kira-kira, berkira, berkira-kira, mengira, mengira-ngira, terkira, kiraan, perkiraan, pengiraan, pengira,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
countingmembilang/menghitung;kiraanSukanTiadaKiraan: Pengadil menghitung kiraan satu 1. hingga lapan 8. atau satu 1. hingga sepuluh kepada petinju yang sedang dalam keadaan rebah.
kick countskiraan tendanganKejururawatanTiadaKiraan pergerakan janin selepas 20 minggu gestasi. Pergerakan ini direkodkan tiga kali sehari pada masa yang berlainan. Kiraan ini dilakukan untuk memantau keaktifan janin, biasanya 10 hingga 12 tendangan dalam masa 12 jam.
total mould countkiraan jumlah kulapukMakanan dan PemakananTeknologi MakananKaedah mengira bilangan atau peratus medan mikroskop kulapuk berfilamen atau berspora dalam amaun makanan tertentu. Kiraan ini boleh ditentukan dengan satu hitungan khusus dikenali sebagai kiraan kulapuk Howard. Contohnya, peratus maksimum medan mikroskop bagi jus oren adalah 15%, jus tomato 20% dan jus strawberi 55%. Lihat juga kiraan kulapuk Howard.
win by referee stop contest (R.S.C.(CCL))menang ikut kiraanSukanTiadaKeputusan referi yang memberikan kemenangan kepada petinju kerana lawan pemenang menerima tiga 3. kali kiraan dalam satu pusingan atau empat 4. kali kiraan dalam perlawanan itu.
character countkiraan ciriPerpustakaanTiadaKiraan setiap huruf, bilangan, tanda baca, perkataan, atau ruang ayat, dan sebagainya, yang terdapat pada sesebuah karya.
plate countkiraan platKejuruteraanTiadaKiraan menggangar bilangan bakteria dalam air berdasarkan bilangan koloni yang terbentuk di atas plat nutrien agar selepas satu jangka masa pengeraman dan suhu tertentu.
cordon countkiraan kepunganKejuruteraan AutomotifTiadaKiraan isi padu trafik di stesen kepungan.
star countskiraan bintangMatematikTiadaKajian tentang saiz dan bentuk galaksi kita yang berasaskan kiraan bintang di kawasan langit yang dipilih khas.
countdownhitung undurKomunikasiTiadaProses memulakan atau mengakhirkan rakaman penerbitan radio atau televisyen dengan kiraan secara mengundur daripada digit besar kepada digit yang kecil. Contohnya, kiraan daripada nombor 10 hingga 1.
save by gongselamat gongSukanTiadaKeadaan ketika petinju yang rebah pada pusingan akhir bagi pertandingan akhir, dan pengadil sedang membuat kiraan pada ketika itu gong dibunyikan yang menandakan tamat perlawanan. Keputusan adalah berdasarkan kiraan mata.
12345678910...

Kembali ke atas