interval vector | vektorjeda | Muzik | Tiada | Inventori atau stok kesemua jeda yang disenaraikan dalam carta klasifikasi jeda yang terkandung dalam sesuatu set klasifikasi pic. Vektor jeda terdiri daripada enam digit yang di-tulis dalam kurungan seperti [ ], () atau < >. Digit pertama dalam kurungan tersebut mewakili kekerapan jenis klasifikasi jeda 1, digit kedua mewakili kekerapan jenis klasifikasi jeda 2, digit ketiga mewakili kekerapan jenis klasifikasi jeda 3, digit keempat mewakili kekerapan jenis klasifikasi jeda 4, digit kelima mewakili kekerapan jenis klasifikasi jeda 5 dan digit keenam mewakili kekerapan jenis klasifikasi jeda 6.
| Mallampati classification | klasifikasi Mallampati | Perubatan | Tiada | Kaedah mengklasifikasikan darjah kesukaran intubasi berdasarkan struktur farink. Klasifikasi ini terbahagi kepada empat kelas. Kelas I menunjukkan pesakit mudah diintubasi manakala Kelas IV menunjukkan sukar diintubasi. |
American Society of Anaesthesiologists Classification | Klasifikasi Persatuan Anestesiologi Amerika | Perubatan | Tiada | Sistem klasifikasi fizikal pesakit sebelum pembiusan. Sistem ini mengkategorikan pesakit mengikut tahap kesihatan, iaitu Kelas I hingga V. Pesakit Kelas I ialah pesakit yang sihat, manakala pesakit Kelas II ialah penghidap penyakit yang terkawal seperti asma, kencing manis dan hipertensi. Pesakit Kelas III pula merupakan penghidap penyakit yang boleh mengancam nyawa semasa pembiusan dan pembedahan. Pesakit Kelas IV merupakan pesakit tenat yang mengancam nyawa. Pesakit Kelas V ialah pesakit yang nazak dan boleh mati dengan atau tanpa pembedahan. Huruf ‘E’ akan ditambah selepas Kelas I hingga V sekiranya pesakit menjalani pembedahan kecemasan. Contohnya, ASA IV-E bermakna pesakit menghidap penyakit tenat yang mengancam nyawa dan akan menjalani pembedahan kecemasan. |
forest type | jenis hutan | Perhutanan | Pengurusan Hutan | Klasifikasi tanah hutan yang berdasarkan nama spesies dirian pokok hidup semasa. Klasifikasi ini adalah berpandukan kepada senarai jenis hutan Jabatan Perhutanan. |
interval class | klasifikasi jeda | Muzik | Tiada | Jarak jeda antara dua klasifikasi pic yang diatur dalam susunan terdekat. Contohnya, pic yang berjarak major ke-7 menjadi minor ke-2. Oleh sebab minor ke-2 mempunyai jarak satu semiton, maka pengelasan jedanya ialah 1. |
prime form | deret dasar | Muzik | Tiada | Set yang mengandungi 12 klasifikasi pic dalam muzik karya dua belas ton. Set klasifikasi pic yang terdiri daripada 12 ton ini digunakan oleh komposer sebagai asas teknik pengkaryaan. Contohnya, gerakan pertama Symphony, Op. 21 oleh Anton Webern, iaitu A, F#, G, Ab, E, F, B, Bb, D, C#, C, Eb, Lihat juga matriks dua belas ton. |
mesotrophic | mesotrofik | Perikanan | Tiada | Berkaitan dengan klasifikasi air tasik atau kolam yang mempunyai jumlah nutrien dan oksigen yang sederhana. Pada tahap ini, keadaan air adalah jernih dan mempunyai banyak tumbuhan akuatik di bahagian dasar. Klasifikasi ini terletak antara oligotrofik dan eutrofik. Lihat juga eutrofik, oligotrofik. |
pitch-class | klasifikasi pic | Muzik | Tiada | Not yang mempunyai pic yang sama dalam oktaf atau tingkat nada yang berbeza. Not enharmonik juga dianggap sebagai not dalam klasifikasi pic yang sama. Contohnya, C#l, Dbl, C#2, Db2, C#3 merupakan klasifikasi pic yang sama, iaitu C# atau Db. |
genre | genre | Kesusasteraan | Tiada | Kategori atau jenis karya sastera mengikut bentuk, teknik atau pokok persoalan. Genre yang dipilih untuk mengklasifikasikan karya sastera adalah pelbagai dan kriteria yang digunakan untuk tujuan klasifikasi berbeza. Dalam sastera Yunani purba, klasifikasi genre ditetapkan oleh Aristotle, seorang ahli teori dan falsafah terkenal, dalam karyanya Poetics merangkumi tiga aspek utama seperti yang berikut: pertama, lirik (watak utama bercakap sendiri), kedua, epik atau naratif (seorang narator bercakap sendiri dan kemudian membenarkan watak lain bercakap), dan ketiga, drama (semua watak bercakap). Dalam sejarah kesusasteraan Barat, dari Zaman Pembaharuan (Renaissance) sehingga pada abad k3-18, genre (ketika ini dikenali sebagai jenis puitika) dianggap suatu bentuk sastera yang tetap dan tidak berubah. Satu lagi klasifikasi genre bermula pada akhir abad ke-18 dan pada awal abad ke-19, apabila pengkritik Jerman membahagikan skema ini kepada tiga, iaitu sajak, novel dan drama. Kini, pengkritik sastera moden memperkuku |
areal classification | klasifikasi kawasan | Linguistik | Tiada | Tiada |