classical fantasy | fantasi klasik | Kesusasteraan | Tiada | Karya fantasi yang bersumberkan karya klasik seperti novel atau cerpen fantasi moden. Fantasi klasik merujuk kepada karya yang dihasilkan antara karya fantasi dalam tradisi sastera awal dengan karya fantasi zaman moden. Dengan kata lain, karya fantasi klasik mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri dan berbeza dengan karya fantasi yang dihasilkan oleh pengarang zaman moden. Contoh dalam sastera Melayu ialah Hikayat Merong Mahawangsa. |
classic | klasik | Kesusasteraan | Tiada | Kategori karya sastera yang bermutu tinggi yang lahir daripada tamadun Yunani dan Romawi. Karya sastera diakui memiliki keunggulan dan kehebatan sepanjang zaman. Karya sastera klasik bukan sahaja menampilkan pemikiran yang besar tetapi juga memperlihatkan estetik seni yang tinggi bagi bangsa yang melahirkannya. Biasanya, pengarang yang menghasilkan karya klasik merupakan seniman yang mewakili genius zaman silam bagi bangsa berkenaan. Antara karya yang dianggap klasik dalam sejarah kesusasteraan Barat termasuklah karya Homer, Iliad dan Odyssey dan karya karangan Shakespeare bertajuk Hamlet dan Romeo and Juliet. Karya Jane Austen berjudul Pride and Prejudice merupakan contoh karya klasik dalam sejarah kesusasteraan Inggeris. Dalam sejarah kesusasteraan Melayu, karya yang dianggap klasik umumnya muncul atau lahir dalam era kesusasteraan istana di Pasai, Aceh dan Johor-Riau. Karya berkenaan merupakan nukilan pengarang istana yang dianggap sebagai golongan genius Melayu pada zaman silam. Antara karya yang penting |
classical order | aturan klasik | Kesenian | Seni Bina | Gaya dalam seni bina klasik yang dicirikan oleh reka bentuk dan hiasan pada tiang dan kepala tiang. Terdapat lima jenis aturan seni bina klasik yang utama, iaitu aturan Doris, aturan Ionic, aturan Corinth, aturan Tuscany dan aturan komposit yang mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. |
Wiener klassiker (G) | klasik Vienna | Kesenian | Tiada | Muzik klasik dari Vienna. |
classical antiquity | baharian klasik | Kesusasteraan | Tiada | Karya sastera klasik yang dianggap paling utama dan paling penting di dunia. Antaranya, Illiad dan Odyssey Homer, Poetics oleh Aristotle, Hamlet oleh Shakespeare, dan Paradise Lost oleh Milton. |
classical conditioning | pelaziman klasik: Pavlov | Psikologi | Psikologi Umum | Lihat pelaziman klasik. |
classical landscape | landskap klasik | Landskap | Tiada | Landskap yang bercirikan zaman klasik seperti yang terdapat di Zaman Agung Yunani. Ciri-ciri landskap ini ialah penggunaan patung, gua buatan dan air terjun. |
classic styling | gaya klasik | Landskap | Tiada | Corak reka bentuk yang bercirikan Zaman Klasik dan mengandungi ukiran, patung dan sebagainya. |
classical author | pengarang klasik | Perpustakaan | Tiada | Pengarang yang sekurang-kurangnya menghasilkan satu karya klasik. |
classical statistical mechanics | mekanik statistik klasik | Fizik | Haba | Cabang ilmu mekanik klasik yang menerangkan dan meramalkan sifat makro dan perlakuan sesuatu sistem berdasarkan ciri-ciri dan interaksi komponen-komponen mikro sistem tersebut. |