chlorofluorocarbon (CFC) | klorofluorokarbon | Kejuruteraan | Tiada | Sebatian kimia yang mengandungi unsur karbon, klorin, dan fluorin.Sebatian ini dikaitkan dengan pemusnahan lapisan ozon di atmosfera yang melindungi manusia daripada sinaran ultralembayung. |
Freon | Freon | Kimia | Tiada | Kumpulan sebatian klorofluorokarbon yang wujud dalam bentuk cecair yang jernih, berbau seperti eter dan tidak berwarna. Freon tidak reaktif, tidak mudah terbakar atau meletup, tidak mengakis dan tidak beracun. Sebatian ini digunakan sebagai bahan penyejuk, bahan propelan aerosol, cecair pencuci dan pelarut. |
ozone layer depletion | susut lapisan ozon | Kejuruteraan | Tiada | Pemusnahan molekul ozon dalam lapisan ozon stratosfera oleh tindak balas kimia akibat daripada bahan yang dilepaskan melalui aktiviti manusia, seperti klorofluorokarbon. |
ozone depleting substance | bahan susut ozon | Kejuruteraan | Tiada | Bahan yang apabila terurai di stratosfera, melepaskan klorin dan bertindak balas dengan ozon untuk mengeluarkan oksigen dan memusnahkan lapisan ozon pelindung, contohnya klorofluorokarbon, tetraklorokarbon dan helon. |
greenhouse gas | gas rumah tanaman | Kejuruteraan | Tiada | Wap atau gas atmosfera yang menyerap tenaga infra-merah yang dipancarkan daripada bumi menyebabkan kesan rumah tanaman contohnya, karbon dioksida, wap air, metana dan klorofluorokarbon. |
greenhouse gases | gas rumah hijau | Pertanian | Agroteknologi | Gas yang dilepaskan ke atmosfera melalui proses semula jadi dan aktiviti manusia. Contoh gas yang banyak dilepaskan ke atmosfera ialah karbon dioksida melalui aktiviti manusia seperti pembakaran bahan api fosil, sisa pepejal, dan tindak balas kimia seperti industri pembuatan simen. Gas lain yang turut dilepaskan ialah metana melalui aktiviti penternakan dan pertanian serta pereputan sisa organik di tapak pelupusan sisa pepejal. Selain itu, gas-gas lain seperti klorofluorokarbon dan nitrogen oksida juga merupakan gas rumah hijau yang terhasil daripada aktiviti manusia. Kesan daripada pelepasan gas rumah hijau secara berleluasa ke atmosfera akan menyebabkan berlakunya kesan rumah hijau seperti peningkatan suhu dunia, kenaikan aras laut, daratan yang rendah ditenggelami air, dan berlaku juga penurunan hasil pertanian dan penternakan kerana kurang fotosintesis apabila tumbuhan tertentu (pengeluar) mati. |