cognitive behavior modification (CBM) | modifikasi tingkah laku kognitif | Psikologi | Psikologi Umum | Satu proses penggabungan antara prinsip pembelajaran kognitif dengan tingkah laku untuk membentuk dan menggalakkan tingkah laku yang diingini. Proses ini berlaku berdasarkan pada tiga andaian, iaitu tingkah laku individu diperantarakan melalui peristiwa kognitif, perubahan dalam persekitaran akan membawa perubahan kepada tingkah laku dan individu merupakan seorang yang aktif dalam pembelajaran. Secara umumnya, modifikasi tingkah laku kognitif mengandaikan bahawa individu mempunyai kebolehan dan keupayaan memilih untuk memantau dan mengurus tingkah laku sendiri. |
cognitive coping strategy | strategi daya tindak kognitif | Psikologi | Psikologi Umum | Sebahagian daripada terapi kognitif yang bertujuan untuk mengenal pasti cara-cara mengubah proses pemikiran dan respons normal kepada pemikiran. Strategi daya tindak ini dilakukan secara bersama antara ahli terapi dan klien yang melibatkan pengenalpastian punca kebimbangan dan menentukan tahap-tahap pemikiran yang meningkatkan kebimbangan. Kedua-dua pihak akan berusaha untuk menstruktur dan menyusun semula hierarki pemikiran, menggalakkan pemikiran positif, mencari kaedah dalam mengawal semula respons pemikiran dan mengurangkan kebimbangan dalam minda. Sinonim kemahiran daya tindak kognitif. |
cognitive skill | kemahiran kognitif | Pengurusan | Perancangan | Kemampuan seseorang untuk berfikir, mempelajari dan memahami sesuatu ilmu atau pengetahuan. Kemahiran ini berasaskan keupayaan akal fikiran seseorang yang dipengaruhi oleh faktor genetik semula jadi dan juga daya usaha untuk meningkatkan kemampuannya. Kemahiran kognitif tahap tinggi memungkinkan seseorang untuk menganalisis situasi, menghuraikan dan menyelesaikan sesuatu masalah. Contoh kemahiran kognitif semula jadi ialah kemampuan seseorang untuk memperoleh tahap pengajian dalam sesuatu bidang kepakaran yang sukar dicapai oleh orang lain, seperti bidang sains, kejuruteraan dan keagamaan. Contoh pembangunan kemahiran kognitif secara daya usaha dalam sesebuah organisasi pula adalah dengan mempelajari sesuatu pengetahuan melalui latihan dan bimbingan. |
cognitive strategies | strategi kognitif | Pendidikan | Tiada | Rancangan memajukan cara dan gaya kognitif bagi menyelesaikan masalah. |
cognitive overload | limpahan kognitif | Teknologi Maklumat | Tiada | Permintaan berlebihan yang dibuat terhadap proses kognitif khususnya ingatan. |
cognitive coping skill | kemahiran daya tindak kognitif | Psikologi | Psikologi Umum | Lihat strategi daya tindak kognitif. |
cognitive ability | kemampuan kognitif | Psikologi | Psikologi Umum | Kebolehan individu dalam melakukan sebarang aktiviti yang melibatkan fungsi mental. Kemampuan kognitif juga sering dikaitkan dengan kecerdasan mental. Contohnya, individu yang tinggi kecerdasan mentalnya akan lebih berjaya dalam menyelesaikan masalah berbanding mereka yang mempunyai kecerdasan mental yang rendah. |
cognitive appraisal theory of emotion | teori nilaian kognitif emosi | Psikologi | Psikologi Umum | Lihat teori taksiran kognitif emosi. |
cognitive approach | pendekatan kognitif | Psikologi | Psikologi Umum | Pendekatan yang digunakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah, situasi, tugas dan seumpamanya yang dianalisis dengan menggunakan proses kognitif. Pendekatan ini melibatkan proses tumpuan, persepsi, ingatan, penyelesaian masalah, membuat keputusan dan penguasaan bahasa. |
egocentrism | egosentrisme | Psikologi | Psikologi Umum | Tahap perkembangan kognitif kanak-kanak yang menumpukan pemikiran kepada diri sendiri sahaja. Menurut Piaget, egosentrisme wujud pada peringkat praoperasional dalam perkembangan kognitif kanak-kanak. Pada tahap pemikiran ini, kanak-kanak biasanya mempunyai kemampuan yang terhad untuk menilai, berkongsi atau menghargai pandangan orang lain. Contohnya, jika individu berkata kepada kanak-kanak yang egosentrisme bahawa kakaknya mempunyai seorang adik, kanak-kanak tersebut akan menolak kenyataan itu kerana gagal memahami situasi bahawa dia merupakan adik kepada kakaknya. |