[kok.tél] | کوکتيل
Definisi : (koktél) 1. minuman keras yg disediakan drpd campuran beberapa jenis minuman keras lain; 2. pembuka selera yg terdiri drpd makanan laut atau campuran buahbuahan: ~ buah; ~ udang; ~ buah buah-buahan campur spt nanas, tembikai, anggur dsb yg dipotong kecil-kecil utk dimakan sbg sebahagian drpd hidangan; ~ udang masakan yg terdiri drpd udang sbg bahan utamanya serta juga salad dan sos, biasanya dimakan sbg pembuka selera. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[kok.tél] | کوکتيل
Definisi : ; ~ buah campuran pelbagai jenis buah spt nanas, tembikai dan anggur yg dipotong kecil-kecil utk dimakan sbg sebahagian drpd hidangan. ~ udang masakan yg terdiri drpd udang sbg bahan utamanya serta salad dan sos, biasanya dimakan sbg pembuka selera. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)