cola (Cola spp.) | kola (Cola spp.) | Pertanian | Tiada | Tiada |
cola nut (Cola nitida) | buah kola (Cola nitida) | Pertanian | Tiada | Tiada |
caramel | karamel | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | Bahan berwarna perang yang dihasilkan dengan membakar gula pada suhu lebih daripada takat leburnya. Karamel merupakan aditif yang biasa digunakan dalam pengeluaran kicap dan minuman kola. |
caffeine | kafeina | Kimia | Tiada | Sebatian alkaloid, formula C8H10N4O2 dan takat lebur236.8oC bagi hablur monohidratnya, wujud dalam bentuk hablur panjang yang berlenturkan, berasa pahit, larut di dalam kloroform dan larut sedikit di dalam air dan alkohol. Sebatian ini diperoleh daripada pengekstrakan biji kopi, daun teh atau kacang kola dan boleh juga disediakan secara sintetik. Kafeina digunakan di dalam minuman dan ubat-ubatan sebagai bahan perangsang dan diuretik. |
sustainable competitive advantage | kelebihan saingan mampan | Pengurusan | Perancangan | Keupayaan unik sesebuah organisasi yang sukar ditandingi oleh pesaing, dan kelebihan ini boleh membawa kepada penguasaan pasaran bagi tempoh masa yang panjang. Kelebihan saingan mampan hanya mampu dicapai apabila organisasi berupaya menjamin penghasilan keuntungan secara konsisten. Contohnya, syarikat global pengeluar minuman ringan mempunyai kelebihan saingan mampan di pasaran minuman ringan melalui formula rahsianya yang berjaya menghasilkan citarasa yang nyata berbeza dan unik berbanding minuman kola yang lain. |