collective leadership | kepimpinan kolektif/kepemimpinan kolektif | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tiada |
collective responsibility | tanggungjawab kolektif | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Kewajipan yang dipikul secara bersama oleh individu dan perkumpulan individu dalam sesebuah organisasi tertentu. Dalam konteks Malaysia, Jemaah Menteri mempunyai tanggungjawab kolektif kepada Parlimen. Sekiranya seseorang Menteri memihak kepada cadangan pembangkang di Parlimen, maka beliau seharusnya meletakkan jawatan kerana bertentangan dengan prinsip tanggungjawab kolektif. Tanggungjawab kolektif menetapkan bahawa seseorang Menteri mempunyai kewajipan untuk membela dan mempertahankan segala ketetapan yang dibuat oleh Kabinet di Parlimen. |
collective agreement | persetujuan kolektif | Pentadbiran | Tiada | Penghasilan yang dicapai melalui tawar-menawar kolektif antara pihak majikan dengan kesatuan sekerja. |
collectivism | kolektivisme/faham kolektif | Sejarah | Tiada | Sistem politik-ekonomi yang dicirikan oleh kawalan kolektif khususnya dalam pengeluaran dan pengagihan barangan dan perkhidmatan, berlawanan dengan sifat pasaran bebas. |
collective action | tindakan kolektif | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Langkah yang diambil secara bersama oleh kumpulan individu dalam organisasi bertujuan untuk menunjukkan kesepakatan dan kesepaduan anggota bagi memenuhi keperluan, tujuan dan hasrat kelompok tersebut. Tindakan ini boleh berlaku dalam dua bentuk, (i) kelompok yang melaksanakan sesuatu tindakan berasaskan agenda yang telah dipersetujui secara bersama bagi memenuhi sesuatu matlamat dan kepentingan awam. Tindakan ini berlaku hasil dari musyawarah, rundingan dan muafakat. (ii) kelompok yang membuat tuntutan tertentu untuk kepentingan mereka dengan mengadakan rundingan bersama pihak pengurusan, penyerahan memo, piket dan mogok. Tindakan kolektif mewujudkan rasa tanggungjawab dan kesediaan menanggung sebarang bentuk risiko yang mungkin dihadapi secara bersama bagi mengelakkan anggota organisasi menyalahkan sesama mereka. |
collective bargaining | perundingan kolektif | Pengurusan | Perancangan | Suatu proses perundingan antara majikan dengan kumpulan pekerja mengenai peraturan dan isu-isu dalam hubungan pekerja-majikan seperti penggajian, persekitaran kerja, faedah-faedah dalam perkhidmatan dan aspek-aspek lain termasuk pampasan dan hak pekerja. Perundingan ini dijalankan secara formal dalam suasana yang baik bagi mencapai faedah dan kebaikan bersama. Kumpulan pekerja yang lebih formal dan teratur dengan suara yang lebih berpengaruh diwakili oleh kesatuan sekerja. Contoh kesatuan sekerja yang melakukan perundingan kolektif ialah Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE), yang menuntut perlindungan keselamatan yang lebih terjamin semasa mereka menjalankan tugas. |
collective | kolektif | Perpustakaan | Tiada | Tiada |
collective | kolektif | Sains Politik | Tiada | Tiada |
collective | kolektif | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tiada |
collective goods | kolektif) | Ekonomi | Tiada | Tiada |