Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.lés.te.rol] | کوليسترول

Definisi : (kolésterol) komponen asid lemak tepu yg terdapat dlm lemak haiwan spt men­tega, kuning telur, dsb (yg dikatakan mem­punyai kesan buruk pd sistem pengedaran darah); berkolesterol mengandungi kolesterol: makanan yg mengandungi lemak dan ~ tinggi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kolesterol


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cholesterolkolesterolVeterinarPraklinikalMolekul steroid kecil yang wujud dalam semua sel badan. Kolesterol merupakan pelopor dalam sintesis hormon steroid seperti estrogen; progesteron; testosteron dan kortikosteroid. Kolesterol juga merupakan pelopor untuk sintesis vitamin D. Kolesterol wujud dalam hempedu dan berfungsi dalam penyerapan semula lemak dalam usus. Kolesterol dalam hempedu boleh menghablur untuk membentuk batu karang.
cholesterolkolesterolMakanan dan PemakananTeknologi MakananBahan sterol yang diperoleh daripada tisu haiwan. Kolesterol juga dikenali sebagai ergosterol. Kolesterol boleh wujud dalam keadaan bergabung dengan asid lemak, iaitu dalam bentuk ester. Sebatian ini merupakan komponen perlu bagi struktur membran sel dan komponen utama bagi sel otak dan saraf. Kolesterol disintesiskan dan disimpan dalam hati. Contoh makanan yang mengandungi kolesterol ialah kuning telur, hati, dan makanan laut.
cholesterolkolesterolBioteknologiTiadaSterol yang merupakan sebatian utama bagi kebanyakan steroid. Kolesterol terdapat dalam tisu haiwan termasuk saraf, hempedu, dan kuning telur. Lebihan kolesterol dalam darah dapat menyebabkan penyakit kardiovaskular.
hypercholesterole-miahiperkoles-terolemiaPerubatanTiadaKehadiran kolesterol yang terlalu tinggi dalam darah yang melebihi tahap normal. Tahap kolesterol yang normal adalah antara 3.5 – 6.7 mmol/L.
high density lipoproteinlipoprotein ketumpatan tinggiGerontologiTiadaLipoprotein yang mengandungi banyak protein tetapi kurang kolesterol dan trigliserida, yang mengangkut kolesterol ke hati daripada sel periferal.
low density lipoproteinlipoprotein ketumpatan rendahGerontologiTiadaLipoprotein yang mengandungi kurang protein tetapi tinggi kolesterol dan trigliserida, yang mengangkut kolesterol dari hati ke sel periferal.
cholestyraminekolestiraminaKimiaForensikNama dagang, Questran. Ubat untuk merendahkan aras kolesterol dalam darah, dan untuk menghalang penyakit jantung koronari bagi lelaki yang mempunyai kepekatan kolesterol plasma yang tinggi dan tidak boleh dirawat dengan cara lain. Ubat ini juga digunakan untuk mengubati gatal-gatal akibat penyekatan separa hempedu. Kesan sampingannya termasuk sembelit teruk, masalah abdomen, cirit-birit, dan kehilangan vitamin A, B dan K.
antihypercholesterolemia therapyterapi antihiperkolesterolemiaFarmasiTiada1. Rawatan mencegah atau mengawal kenaikan paras kolesterol dalam serum. 2. Agen yang mencegah atau mengawal kenaikan paras kolesterol dalam serum.
high density lipoprotein (HDL)lipoprotein berketumpatan tinggi (HDL)Makanan dan PemakananPemakananSejenis lipoprotein yang mengangkut kolesterol kembali daripada sel kepada hati. Lipoprotein berketumpatan tinggi dikenali juga sebagai kolesterol baik kerana tahap yang tinggi boleh mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.
gallstonebatu hempeduPerubatanTiadaKetulan keras seperti batu yang terbentuk di dalam pundi hempedu atau duktus hempedu. Ketulan keras ini terhasil dalam keadaan tertentu apabila kolesterol mendap; mendapan batuan hempedu yang kaya dengan kolesterol mungkin terbentuk akibat gangguan kronik metabolisme fosfolipid. Dalam keadaan tertentu, kalsium karbonat mendap di dalam batu ini. Sin: kolelit
1234567

Kembali ke atas