request for comments (RFC) | mohon komen (RFC) | Teknologi Maklumat | Tiada | Suatu mekanisma dalam proses untuk mencipta piawai baru dalam internet. Piawai baru dicadangkan dan diterbitkan secara dalam talian untuk orang ramai membuat komen, berbincang dan membuat cadangan, sebelum piawai baru dipersetujui oleh badan tertentu atau yang berkuasa (seperti IETF) untuk diterima pakai. Piawai baru yang diterima pakai akan dirujuk dengan nombor RFC-nya yang tertentu. Contohnya piawai untuk e-mel ialah RFC 822. |
comunero | golongan komen | Sejarah | Tiada | Orang yang menyokong atau ikut serta dalam Kanun Paris dalam tahun 1871 |
RFC (request for comments) | RFC (permintaan komen) | Teknologi Maklumat | Tiada | Dokumen yang diterbitkan oleh IAB yang mengandungi piawai , protokol atau maklumat lain dan diterbitkan melalui Internet. |
delayed teleconference | telesidang tertunda | Teknologi Maklumat | Tiada | Sejenis komunikasi berkumpulan dalam talian yang membenarkan komen peserta dirakam secara berjujukan tetapi tindak balas terhadapnya dirakamkan kemudian. |
deontic | deontik | Kesenian | Drama dan Teater | Nilai komunikasi hasil daripada pemakluman persembahan pentas seperti brosur, poster, komen dan berita akhbar. Istilah deontik diperkenalkan oleh Andre Helbo, dalam bukunya Theory of Performing Arts, 1987. Lihat jugaaletik. |
program readability | kebolehbacaan atur cara | Teknologi Maklumat | Perisian | Keadaan kod sumber asal yang mudah difahami oleh pengatur cara lain. Contohnya, komen yang disertakan dalam setiap fungsi atau prosedur atur cara membekalkan penerangan tambahan kepada pengatur cara lain. Keadaan ini akan memudahkan pengatur cara mengubah kod asal tersebut. |
top fan | pengikut utama | Komunikasi Massa | Tiada | Pengguna atau pengikut Facebook yang aktif berinteraksi seperti menonton video, menekan butang ‘Like’, meninggalkan komen dalam ruangan maya yang disediakan dan berkongsi pautan laman itu ke akaun peribadi pengguna. |
imagism | imagisme | Kesusasteraan | Tiada | Suatu gerakan dalam kalangan penyair yang menampilkan imejan yang konkrit, jelas dan tertumpu pada puisi bebas. Penampilan imejan dilakukan tanpa komen oleh penyair itu sendiri. Imejan ini melahirkan respons intelektual dan emosional yang kompleks dalam sekilas masa. Contoh puisi imagisme ditemui dalam �In a Station of the Metro� oleh Ezra Pound. Gerakan imagisme popular di England dan Amerika antara tahun 1912-1917 sebagai tentangan terhadap puisi pada penghujung abad ke-19 yang dianggap sentimental oleh Ezra Pound, pengasas gerakan ini. Gerakan imagisme dipengaruhi oleh sajak haiku Jepun, sejenis puisi lirik yang mengutarakan pemerhatian penyair terhadap objek atau pemandangan alam. Secara umumnya, imagisme dikatakan menyumbang kepada permulaan sajak moden. |
objectivism | objektivisme | Kesusasteraan | Tiada | Gerakan yang mencadangkan supaya puisi dilihat sebagai objek seni yang tidak ada kaitan dengan pertimbangan teori, konteks sejarah, dan niat pengarang. Menurut pandangan gerakan ini, semua objek sepatutnya dipilihk kerana objek itu sendiri tanpa campur tangan atau komen pengarang. Gerakan yang didukung oleh W. Carlos Williams ini popular di Amerika pada tahun 1930-an namun tidak kekal lama. Contohnya, sajak karya W.C. Williams yang berjudul The Red Wheel Barrow hanya menampilkn nilai estetika objek tanpa komen penyair. |
top fan badge | lambang pengikut utama | Komunikasi Massa | Tiada | Penghargaan berbentuk lencana yang diberikan kepada pengguna atau pengikut Facebook yang aktif berinteraksi seperti menonton video, menekan butang ‘Like’, meninggalkan komen dalam ruangan maya yang disediakan dan berkongsi pautan laman itu di akaun peribadi pengguna. |