Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.mi.sén] | کوميسين

Definisi : (komisén) sejumlah (peratusan) bayaran yg dibayar kpd seseorang, ejen, jurujual, dsb kerana perkhidmatannya, dalal: jika laku keretanya, kita akan diberi ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.mi.sén] | کوميسين

Definisi : /komisén/ wang upah yg dibayarkan kpd wakil atau ejen kerana menjual barang-barang; dalal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata komisen


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
return commissionkomisen pulanganPentadbiran PerniagaanTiadaKomisen yang dibayar balik oleh ejen sekiranya polisi dibatalkan sebelum tarikh tamat polisi tersebut. Keadaan ini wujud kerana komisen adalah berdasarkan kepada premium tahunan, dan sekiranya polisi dibatalkan sebelum premium diperolehi sepenuhnya, bahagian prorata komisen akan dikembalikan.
renewal commissionkomisen pembaharuanPentadbiran PerniagaanTiadaKomisen berasaskan premium yang dibayar selepas komisen tahun pertama.
unlevel commission systemsistem komisen tidak parasPentadbiran PerniagaanTiadaSistem bayaran komisen tahun pertama adalah lebih tinggi daripada komisen tahun seterusnya.
contingent commissionkomisen kontingenPentadbiran PerniagaanTiadaBayaran elaun kepada insurer mengesid sebagai tambahan kepada komisen biasa berdasarkan kepada keuntungan bersih yang diperolehi daripada triti reinsurans. Bayaran ini juga dipanggil komisen keuntungan.
commissiontauliah; komisen; suruhanjaya; tempahanMatematikTiada1. Komisen: Sejumlah wang yang dibayar kepada jurujual atau ejen; biasanya berdasarkan peratus daripada jumlah jualan.
flat commissionkomisen rataPentadbiran PerniagaanTiadaSkel komisen standard yang dibayar kepada ejen tanpa diambil kira jenis pendedahan atau polisi.
overiding commissionkomisen overidingPentadbiran PerniagaanTiada1. Komisen yang diterima oleh ejen atau broker ke atas urus niaga yang dibuat oleh subejen dalam kawasan pengantara tersebut.
graded commissionkomisen bergredPentadbiran PerniagaanTiadaSkel bayaran komisen kepada ejen yang mencatatkan kadar tertentu berdasarkan kelas, jenis atau jumlah insurans yang diunderait.
first year commissionkomisen tahun pertamaPentadbiran PerniagaanTiadaKomisen yang dibayar kepada ejen insurans hayat bagi premium tahun pertama.
sliding scale commissionkomisen skala anggutPentadbiran PerniagaanTiadaPenyelarasan komisen sebenar yang dibayar oleh reinsurer kepada syarikat mengesid yang berubah secara songsang dengan nisbah kerugian, tertakluk kepada maksimum dan minimum.
123456789

Kembali ke atas