commitment | keterikatan; komitmen/iltizam | Ekonomi | Tiada | Tiada |
commitment | keterikatan; komitmen/iltizam | Sosiologi | Tiada | Tiada |
public commitment | komitmen awam | Psikologi | Tiada | Tiada |
commitment | keterikatan; komitmen/iltizam | Pentadbiran | Tiada | Tiada |
commitment | keterikatan; komitmen/iltizam | Psikologi | Tiada | Tiada |
engagement | keterlibatan | Kesusasteraan | Tiada | Komitmen penulis untuk mengetengahkan sesuatu ideologi, sama ada politik atau sosial demi perubahan sosial. Bagi mencapai tujuan ini, penulis menjarakkan dirinya dengan karyanya agar dapat menghasilkan penulisan yang lebih objektif. |
clients charter | piagam pelanggan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Penyataan komitmen secara bertulis atau satu jaminan yang diberikan oleh sesebuah jabatan atau organisasi terhadap produk atau perkhidmatan untuk pelanggannya mengikut standard kualiti yang ditetapkan. Piagam pelanggan biasanya menyatakan kesediaan perkhidmatan yang ditawarkan, layanan mesra yang diberikan, kecekapan pemprosesan yang dilaksanakan dan nilai-nilai kesopanan di dalam budaya kerja. Piagam ini perlu dipamerkan di tempat yang strategik di pejabat dan disebarkan untuk pengetahuan umum. Piagam Pelanggan harus mempunyai ciri-ciri yang jelas, khusus atau spesifik, kebolehpercayaan, senang disebar, praktikal dan boleh ditambah baik. Piagam Pelanggan ini terkandung dalam Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam (PKPA Bil. 3 Tahun 1993). Antara faedah utama piagam pelanggan ialah untuk melahirkan kakitangan yang berdisiplin, bertanggungjawab dan sentiasa bersedia meningkatkan akauntabiliti serta memberi petunjuk prestasi spesifik dalam membuat sesuatu penilaian. |
departmental objective | objektif jabatan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Merujuk kepada komitmen pengurusan untuk mencapai matlamat prestasi dalam masa yang telah ditetapkan. Di mana hasil yang capai mempunyai hubungan secara langsung dengan strategi, misi, visi dan nilai asas dalam sesebuah organisasi. Sesebuah jabatan mestilah mempunyai objektif yang dinyatakan dengan jelas untuk dijadikan panduan bagi membawa jabatan tersebut ke arah yang betul supaya dapat menjayakan peranan dan fungsinya. Objektif jabatan juga perlu selaras dengan dasar yang telah ditetapkan oleh pihak pemerintah. |
competence | kebolehcekapan | Pengurusan | Perancangan | Kemampuan seseorang untuk melaksanakan tugas atau kerja dengan secekap mungkin untuk mencapai tujuan yang diharapkan. Tahap kebolehcekapan dicapai dengan menggembleng pengetahuan, kemahiran dan komitmen tenaga kerja untuk mencapai tahap produktiviti yang berdaya saing. Penilaian kebolehcekapan digunakan dalam pengurusan sumber manusia adalah untuk memilih calon yang berkelayakan bagi mengisi sesuatu jawatan atau kenaikan pangkat. |
strategic vision | wawasan strategik | Pengurusan | Perancangan | Penyataan yang ditetapkan oleh pihak pengurusan atasan bagi menggambarkan kedudukan dan hala tuju organisasi untuk tempoh jangka panjang. Tujuan wawasan strategik ditetapkan adalah untuk membina komitmen berterusan dalam kalangan pekerja bagi melaksanakan strategi yang tepat untuk mencapai matlamat organisasi. Penyataan wawasan strategik yang berkesan lazimnya boleh digambarkan secara jelas, boleh dicapai serta mudah diingati. |