commodity exchange | bursa komoditi | Ekonomi | Tiada | Institusi yang melaksanakan kontrak pembelian dan penjualan komoditi, dan menentukan peraturan secara serta-merta, atau terutamanya secara ke depan. Kontrak pembelian dan penjualan ini menentukan harga, jumlah, mutu, dan syarat-syarat penyerahan komoditi tersebut. Lihat juga pasaran ke depan, pasaran semerta. |
hedging | pelindungan nilai | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Strategi melindungi nilai sesuatu sekuriti atau komoditi daripada mengalami kerugian akibat turun naik harga, misalnya pengeluar komoditi menjual kontrak hadapan pada masa sekarang pada harga yang tinggi jika dijangka harga komoditi akan turun pada masa hadapan. |
cash commodity | komoditi tunai | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Komoditi yang dimiliki dan dihantar bagi penyerahan satu-satu kontrak yang sudah lengkap dan dibayar dengan serta-merta. |
spot commodity | komoditi lani | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Komoditi sebenar dalam bentuk fizikalnya berbanding dengan kontrak hadapan. |
backqardation | bayaran tangguh serah | Ekonomi | Tiada | Bayaran yang dibuat oleh pespekulasi kepada pembeli kerana gagal menyerahkan saham atau komoditi pada tarikh yang ditetapkan. Di bursa komoditi, bayaran tangguh serah merupakan perbezaan antara harga serta-merta dengan harga ke depan iaitu harga belian komoditi tersebut. Lihat juga harga serta-merta, pasaran ke depan. |
commodity swap | tukar komoditi | Pentadbiran | Tiada | Pertukaran tunai di antara dua pihak berdasarkan harga komoditi. |
intercommodity spread | spread antara komoditi | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kedudukan pandak dan panjang berkait dengan beberapa komoditi. |
commodity futures | pasaran hadapan komoditi | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Pasaran yang mengendalikan urus niaga kontrak hadapan komoditi dengan pembelian atau penjualan dibuat sekarang, tetapi penghantaran dan penerimaan dibuat kemudian mengikut syarat kontrak berkaitan. |
commodity futures option | opsyen hadapan komoditi | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Opsyen ke atas kontrak hadapan komoditi. |
commodity future market | pasaran hadapan komoditi | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Pasaran yang mengendalikan urus niaga kontrak hadapan komoditi dengan pembelian atau penjualan dibuat sekarang, tetapi penghantaran dan penerimaan dibuat kemudian mengikut syarat kontrak berkaitan. |