competitive inhibitor | perencat kompetitif | Perubatan | Tiada | Bahan yang dapat menghalang tindakan agonis pada reseptor dan boleh dipulihkan dengan meningkatkan kuantiti agonis di sekitar reseptor tersebut. Agonis dan pasangan perencatnya mempunyai struktur kimia yang hampir sama dan berlawan merebut tapak reseptor yang sama. Sinonim antagonis kompetitif. |
competitive | bersaingan;kompetitif | Perubatan | Tiada | Tiada |
competitive antagonist | antagonis kompetitif | Perubatan | Tiada | Tiada |
non-competitive inhibitor | perencat tak kompetitif | Perubatan | Tiada | Perencat pada reseptor yang tidak dapat dialihkan dari tapak gabungan oleh molekul lain. Ini menyebabkan perencatan reseptor tersebut tidak dapat dibalikkan dan menghasilkan kesan berpanjangan. Contohnya, aspirin dalam perencatan fungsi platelet. |
competitive neuromuscular-blocking agent | agen penyekat neuromuskular kompetitif | Perubatan | Tiada | Agen yang bersaing dengan asetilkolina untuk menduduki reseptor asetilkolina di taut saraf otot skeletal. Kesan persaingan antara agen dengan asetilkolina dipengaruhi oleh tahap konsentrasi agen. Tahap kelumpuhan otot bergantung kepada konsentrasi agen dan asetilkolina. Contoh agen ialah atrakurium, rokuronium dan vekuronium. |
H1-receptor antagonist | antagonis reseptor H1 | Farmasi | Farmakologi | Agen yang menyekat tindakan histamina dengan mengikat secara kompetitif pada reseptor H1. Sekatan reseptor H1 mengurangkan ketelapan vaskular, pruritus, pengenduran otot licin pada saluran pernafasan dan gastrousus. Agen ini mempunyai kesan sedatif, antikolinergik dan antiemetik, dan digunak:an untuk melegak:an simptom alahan. Agen ini terbahagi kepada generasi pertama (contohnya, klorfeniramina, prometazina dan difenhidramina), dan generasi kedua (contohnya, loratadina dan setrizina). |
H2-receptor antagonist | antagonis reseptor H2 | Farmasi | Farmakologi | Agen yang menyekat tindakan histamina dengan mengikat secara kompetitif pada reseptor H2 di sel parietal perut, dan menyebabkan pengurangan penghasilan asid oleh sel-sel tersebut. Agen ini digunakan untuk merencat rembesan asid dalam rawatan ulser peptik, dispepsia dan penyakit refluks gastroesofagus. Contoh agen ini ialah simetidin, ranitidin dan famotidin. |
liquidation | pembubaran | Pengurusan | Perancangan | Tindakan penjualan aset oleh organisasi apabila mereka tidak lagi mampu untuk menanggung kos operasi dan bersaing secara kompetitif. Tindakan ini akan membawa kepada penamatan operasi organisasi secara kekal. Pembubaran merupakan pendekatan yang diambil oleh organisasi yang mencatat kerugian kewangan secara berterusan. Contohnya, syarikat pengeluar dan pembekal kertas kepada agensi penerbitan akhbar yang terpaksa berdepan dengan pembubaran akibat kerugian yang ditanggung sejak beberapa tahun, berpunca daripada penurunan terhadap permintaan kertas untuk akhbar tempatan. |
third party | parti ketiga | Sains Politik | Politik Perbandingan | Parti politik yang muncul dalam negara yang mengamalkan sistem dua parti. Sistem dua parti yang diamalkan mula tercabar dengan kemunculan parti ketiga yang telah menunjukkan keupayaan untuk menjadi dominan dalam jangka masa yang agak panjang. Dengan kemunculan parti ketiga ini, persaingan untuk menguasai kerajaan lebih kompetitif. Contohnya, Parti Liberal Demokratik merupakan parti ketiga di United Kingdom pada dekad 1990-an. |
gift | hibah | Ekonomi | Ekonomi Islam | Akad untuk memindahkan milik sesuatu aset tanpa bayaran yang dilakukan secara sukarela. Hibah dalam urus niaga perbankan dilakukan apabila institusi kewangan memberi sebahagian keuntungannya sebagai hadiah kepada penyimpan akaun semasa dan akaun simpanan. Selain itu, institusi kewangan boleh memberi hibah daripada sebahagian keuntungannya kepada penyimpan akaun pelaburan sekiranya pulangan akaun tersebut tidak kompetitif berbanding kadar faedah simpanan tetap. Hibah kepada penyimpan akaun pelaburan diambil daripada rizab penyamarataan keuntungan. |