composite volcano | gunung berapi komposit; volkano komposit | Geografi | Tiada | Tiada |
composite volcano | gunung berapi komposit; volkano komposit | Geologi | Tiada | Gunung berapi yang terbina daripada lapisan-lapisan bahan lava dan mendapan piroklas yang berselang-seli. |
composite facing | fasing komposit | Pergigian | Tiada | Permukaan gigi yang dilapis dengan bahan komposit untuk menghasilkan gigi yang lebih estetik. Dalam proses membuat lapisan komposit ini, permukaan gigi dikurangkan sekurang-kurangnya 0.5 mm, dietsa dan kemudian disapu bahan pengikat. |
acid-etched composite crown | korona komposit beretsa asid | Pergigian | Tiada | Restorasi korona yang diperbuat daripada bahan komposit yang diikat pada gigi dengan menggunakan teknik punaran asid. Korona komposit biasanya dibuat bagi membentuk semula kecacatan pada gigi desidus. Ini kerana gigi desidus akan digantikan dengan gigi kekal apabila kanak-kanak meningkat usia dewasa. Pembuatan korona ini adalah mudah dan tepat kerana tidak melibatkan pembuangan struktur gigi yang banyak. |
composite | komposit | Kesenian | Seni Bina | Paduan antara dua atau lebih komponen atau bahan yang membentuk sesuatu. Dalam dunia pembinaan, biasanya komposit merujuk kepada paduan antara dua jenis bahan binaan atau lebih seperti konkrit tetulang yang membentuk komponen bangunan. Dalam seni bina, komposit merupakan perpaduan dua pendekatan atau gaya rupa yang berbeza untuk membentuk suatu gaya baharu. |
acid-etched composite splint | splin komposit beretsa asid | Pergigian | Tiada | Kaedah mengikat gigi berdekatan yang goyah akibat trauma seperti kemalangan dan jatuh dengan menggunakan resin komposit. Gigi yang goyah dietsa asid sebelum resin komposit diletakkan di kawasan antara proksimal untuk menstabilkan gigi. Kadang kala dawai diletakkan di permukaan labial atau lingual bagi menjajarkan gigi tersebut. |
lacing | penyusun ikatan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Logam ringan yang dipasang pada pepenjuru dua keratan C atau empat keratan bersudut bagi membentuk rasuk komposit atau membentuk topang komposit. |
wood plastic composite | komposit kayu-plastik | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Gabungan kayu dengan pastik, iaitu hampir kesemua ruang rongga dipenuhi bahan plastik. Komposit ini dihasilkan dengan mengisi tepu monomer plastik seperti metil metakrilat ke dalam kayu sama ada dengan merendam menggunakan tekanan dan diikuti dengan proses pemejalan dan pempolimeran. Komposit kayu-plastik biasanya lebih tahan, lebih keras dan mempunyai keupayaan keringan lembapan yang lebih baik dibandingkan dengan kayu biasa. |
composite | rencam; gubahan; komposit | Geologi | Tiada | 1. Komposit: Istilah yang kadang kala digunakan dalam ekologi untuk menandai sekutuan alga dan fungi dalam persekitaran akueus. |
composite | rencam; gubahan; komposit | Perubatan | Tiada | 2. Komposit: Kesatuan beberapa bahagian. |