conceptial school | fahaman konsep | Sejarah | Tiada | Fahaman dalam filsafat yang berpegang kepada nominalisme, konsep-konsep dalam batin manusia yang merangkumi hal umum tidak terdapat dalam kenyataan. |
rule learning | pembelajaran peraturan | Pendidikan | Tiada | Proses kognitif yang melibatkan kebolehan mempelajari hubungan di antara konsep-konsep dan mengaplikasikannya dalam keadaan yang lain, termasuk keadaan yang baru. |
accounting concept | konsep perakaunan | Pentadbiran | Tiada | Andaian utama dalam perakaunan seperti konsep usaha berterusan, konsep penghematan, konsep pengukuran dan sebagainya. |
area concept | konsep wilayah; konsep bidang | Perubatan | Tiada | Tiada |
operational definition | definisi operasional | Psikologi | Psikologi Umum | Pernyataan prosedur yang boleh mewakili atau mengukur sesuatu konsep. Definisi konsep ini akan menyatakan tindakan atau prosedur yang khusus digunakan untuk mengukur konsep yang berkaitan. Contohnya, definisi lapar boleh dioperasionalkan sebagai bilangan jam haiwan yang terlibat dinafikan daripada mendapat makanan. Begitu juga dengan kekecewaan boleh didefinisikan sebagai respons yang diperlihatkan apabila seseorang itu dihalang daripada mencapai sesuatu yang diperlukan seperti ganjaran atau makanan. |
affective fallacy | kekeliruan afektif | Kesusasteraan | Tiada | Konsep penilaian dalam sesebuah karya sastera berdasarkan kesannya terhadap emosi pembaca. Konsep ini dianggap terlalu subjektif dan mencampuradukkan dua entiti yang berbeza antara karya dengan kesannya terhadap pembaca. Konsep ini selari dengan konsep kekeliruan hasrat yang merujuk kepada kesilapan membuat penilaian berdasarkan biografi penulis atau pengakuan penilai berkaitan dengan maksud karya. Konsep kekeliruan afektif ditentang oleh penyokong kritikan impresionistik yang berpendapat bahawa respons pembaca merupakan kriteria penting dalam penilaian sesebuah teks. Konsep ini diutarakan oleh Wimsatt dan Beardsley dalam karyanya berjudul The Verbal Icon (1954). Lihat juga kekeliruan hasrat, kritikan impresionistik. |
alternative concept plan | pelan konsep alternatif | Landskap | Tiada | Pelan konsep selain pelan konsep utama. |
modernism | modenisme | Kesenian | Seni Bina | Pendekatan seni yang menekankan konsep moden. Konsep modenisme adalah tema utama dalam seni bina moden pada abad ke-20. Pemahaman ini semakin popular di peringkat global terutamanya selepas Perang Dunia Kedua. Seni bina modenisme telah diguna pakai oleh ramai arkitek dan pendidik seni bina, dan menjadi gaya seni bina dominan untuk bangunan institusi dan korporat pada abad ke-21. Arkitek yang penting kepada sejarah dan perkembangan gerakan seni bina moden ialah Ludwig Mies van der Rohe, Le Corbusier, Walter Gropius, Erich Mendelsohn, Frank Lloyd Wright, Louis Sullivan, Gerrit Rietveld, Bruno Taut, Arne Jacobsen, Oscar Niemeyer dan Alvar Aalto. |
epic theatre | teater epik | Kesusasteraan | Tiada | Teater yang berpusat pada konsep pengasingan. Konsep ini merujuk kepada suatu kaedah yang mempengaruhi penonton supaya mereka menyaksikan persembahan secara kritikal dan tidak pasif. Penonton perlu dimaklumkan bahawa persembahan yang disaksikan di pentas bukanlah keadaan yang sebenar tetapi hanya suatu lakonan. Justeru, penonton didedahkan dengan suatu mekanisme persembahan dengan menyelitkan lagu atau penceritaan antara adegan supaya mereka tidak terlali ke dalam ilusi teater. Bentuk teater ini diperkenalkan oleh Erwin Piscator (1893-1960) yang mewujudkan teori persembahan teater epik dengan kumpulan, Piscator Theatre. Namun bentuk teater ini lebih dikaitkan dengan Bertolt Brecht (1898-1956). |
concept testing | pengujian konsep | Komunikasi | Korporat | Kaedah kajian khalayak untuk menilai strategi kreatif sesuatu konsep pengiklanan. Penyediaan sesuatu kempen pengiklanan memerlukan konsep yang bukan sahaja bersesuaian dengan imej syarikat yang menghasilkan barangan tetapi perlu bersesuaian dengan penerimaan khalayak sasaran iklan semasa. Kaedah ini mengandaikan sekiranya terdapat keserasian konsep antara barangan dengan penerimaan khalayak, maka hasil keberkesanan iklan adalah tinggi. Oleh itu, ujian ini dianggap kritikal dalam proses pengiklanan. Contohnya, iklan penjenamaan imej syarikat petroleum semasa musim perayaan. Syarikat ini diuar-uarkan sebagai syarikat yang mesra keluarga semasa masyarakat sedang memperkatakan tentang isu ibu bapa tunggal. Pihak pengiklan menggunakan isu ini untuk menarik perhatian khalayak dengan melambangkan seorang ibu yang terpaksa meminta bantuan anak-anak untuk mewujudkan kemeriahan sambutan hari raya. Melalui iklan ini, ditonjolkan autoriti penjaga, kesepaduan hubungan adik-beradik, kesediaan memikul tanggung-jawab, hormat |