widening of meaning | perluasan makna | Linguistik | Tiada | Proses memperluas makna unsur bahasa dengan memperluas konteksnya |
allocation | peruntukan; penempatan | Perpustakaan | Tiada | 3. Perbuatan menempatkan buku-buku,. 4. Perbuatan menempatkan satu subjek dalam konteksnya, atau selepas subjek yang lain. |
determinacy | ketetapan | Kesusasteraan | Tiada | Kestabilan sesuatu teks yang bersandarkan ketetapan. Ada lima ketetapan, iaitu pertama, bahasa boleh mengungkap maksud yang stabil. Kedua, maksud yang tersirat dalam sesebuah teks bersandarkan kepada konteksnya. Ketiga, maksud yang disampaikan dalam teks dikawal oleh penulis. Keempat, sesebuah karya mempunyai struktur tertentu dan pasti berakhir dengan penutupan, dan kelima, kritikan sastera hanyalah aktiviti sampingan dalam penghayatan karya tersebut. Kelima-lima ketetapan ini mementingkan aspek menyeluruh yang mengesahkan kepentingan diri dan kehendak manusia. Kepentingan ketetapan untuk menghayati sesuatu karya mula diancam dengan perkembangan teori strukturalisme dan pascastrukturalisme. Kestabilan yang diketengahkan dengan ketetapan mula dipersoalkan. Hal ini menyebabkan maksud sesuatu teks sukar dipastikan, dan akhirnya menimbulkan keraguan terhadap erti sebenar karya. |