Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kon.trak.tor] | کونترکتور

Definisi : orang atau syarikat yg mengikat kontrak utk menjalankan sesuatu perkhid­matan, membekalkan bahan atau buruh, dsb terutamanya utk kerja pembinaan: hanya ~ yg berdaftar sahaja yg dibenarkan membuat tawaran utk mendirikan bangunan kerajaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kon.trak.tor] | کونترکتور

Definisi : orang atau syarikat yg mengurus sesuatu (spt mendirikan bangunan, membekalkan makanan) dgn ikatan perjanjian: Hanya ~ yg berdaftar saja yg dibenarkan membuat tawaran utk mendirikan bangunan kerajaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kontraktor (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan pembekal, pemborong, jurubina, pengilang.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
contract managerpengurus kontrakKejuruteraanTiadaSeorang yang mempunyai kepakaran atau pengalaman dalam menghitung kos kerja dan bekerja dengan kontraktor pembinaan atau kontraktor kejuruteraan awam.
owner's and contractor's protective liability policypolisi perlindungan liabiliti kontraktor dan pemilikPentadbiran PerniagaanTiadaPolisi yang melindungi pihak yang diinsuranskan terhadap kerugian disebabkan kecuaian kontraktor atau subkontraktor yang diupahnya. Kadangkala digelar insurans kontraktor bebas.
contractorpengecut;; kontraktor (profesion)KejuruteraanTiadaKontraktor : Individu atau firma yang melaksanakan sesuatu kerja mengikut perjanjian bertulis secara rasmi.
independent contractors insuranceinsurans kontraktor bebasPentadbiran PerniagaanTiadaPolisi insurans yang memberi perlindungan kepada insured ke atas kerugian yang disebabkan oleh kecuaian kontraktor atau subkontraktor yang ditugaskan.
completed operations insuranceinsurans operasi sempurnaPentadbiran PerniagaanTiadaInsurans yang dikeluarkan bagi berbagai-bagai jenis kontraktor. Insurans ini melindungi liabiliti kontraktor bagi kemalangan yang timbul akibat tugas-tugas atau operasi-operasi yang telah disempurnakan.
two-tier istisnaistisna’ dua tahapEkonomiEkonomi IslamBentuk perjanjian jualan yang melibatkan pembeli, bank dan kontraktor. Pembeli meminta bank membiayai pembelian suatu barangan dengan spesifikasi tertentu melalui satu akad istisna’. Harga dalam akad ini ditangguhkan dan dibayar secara ansuran dalam tempoh yang dipersetujui. Kemudian, bank membuat akad istisna’ lain dengan kontraktor untuk menghasilkan barangan berkenaan seperti spesifikasi yang ditentukan oleh pembeli. Pembayaran harga kepada kontraktor dibuat secara berkala mengikut kemajuan penghasilan barangan, manakala pembeli mendapatkan pembiayaan mengikut amaun yang dibayar kepada kontraktor.
payments bondbon bayaranPentadbiran PerniagaanTiadaBon yang disediakan oleh kontraktor untuk menjamin pembayaran bahan dan buruh yang digunakan untuk sesuatu projek. Bon ini melepaskan tuan punya projek daripada kemungkinan liabiliti disebabkan kontraktor tidak membuat pembayaran.
protective liability insuranceinsurans liabiliti perlindunganPentadbiran PerniagaanTiadaInsurans yang memberi perlindungan kerugian disebabkan oleh kecuaian kontraktor atau subkontraktor yang diupah oleh pihak yang diinsuranskan. Insurans ini juga dikenali sebagai Insurans Kontraktor Bebas.
labour and material bondbon bahan dan pekerjaPentadbiran PerniagaanTiadaBon yang disediakan oleh kontraktor untuk menjamin pembayaran bahan dan buruh yang digunakan untuk sesuatu projek. Bon ini melepaskan tuan punya projek dari kemungkinan liabiliti disebabkan kontraktor tidak membuat pembayaran.
comprehensive general liability policypolisi liabiliti am komprehensifPentadbiran PerniagaanTiadaPolisi ini memberi perlindungan kepada insured bagi semua bahaya liabiliti am termasuk bahaya yang tidak diketahui, melainkan ia dikecualikan oleh polisi. Contoh: pendedahan yang dilindungi ialah premis dan operasi, keluaran dan operasi sempurna, kontraktor bebas dan kontraktor tertentu.
123456

Kembali ke atas