critical limit | had kritikal | Makanan dan Pemakanan | Makanan | Nilai maksimum dan minimum yang ditetapkan dalam sistem HACCP untuk mengawal bahaya dari segi biologi, kimia atau fizikal pada titik kawalan kritikal. Had kritikal bertujuan untuk menghalang, mengeluarkan dan mengurangkan aras bahaya kepada aras yang boleh diterima dari segi keselamatan makanan. Had kritikal yang digunakan mesti berasaskan kajian saintifik dan digunakan untuk membezakan operasi selamat dan tidak selamat pada titik kawalan kritikal. Had kritikal untuk keselamatan makanan berasaskan sumber seperti peraturan dan piawai, kajian kepustakaan, hasil kajian dan ulasan pakar bidang. |
critical viscosity | kelikatan kritikal | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Nilai kelikatan tertinggi bagi fasa gas atau cecair yang boleh wujud, yang dianggarkan sebagai mc = 61.6 (MTc)1/2 Vc-2/3, mc = 7.7 M1/2 Pc1/2 Tc1/2, dengan mc = kelikatan kritikal, Tc = suhu kritikal, Pc = tekanan kritikal, Vc = isi padu kritikal, M = berat molekul. |
critical pressure | tekanan kritikal | Perubatan | Tiada | Tekanan minimum yang diperlukan untuk mencairkan gas tertentu pada suhu kritikal. Contohnya, tekanan kritikal gas nitrus oksida ialah 5,000 kPa dan suhu kritikalnya ialah 36°C. |
Kay�s rule | aturan Kay | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Aturan yang menyatakan bahawa tekanan kritikal dan suhu kritikal adalah berkadaran secara linear dengan pecahan mol atau jisim sesuatu campuran gas. |
critical velocity of hudraulic | halaju kritikal hidraulik | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Halaju kritikal untuk mengelakkan lompatan hidraulik di dalam saluran terbuka yang dianggarkan sebagai, (rujuk m/s 89) dengan uc = halaju kritikal hidraulik, A = luas keratan rentas saluran, B = lebar saluran. |
mission critical software | perisian misi kritikal | Teknologi Maklumat | Perisian | Sejenis perisian yang digunakan untuk melaksanakan tugas kritikal bagi kepentingan sesebuah organisasi. Kerosakan pada perisian ini boleh mengakibatkan operasi menjadi lumpuh, kerugian yang sangat besar atau kehilangan jiwa. Contoh perisian misi kritikal ialah perisian yang digunakan untuk mengawal sistem trafik dan sistem perakaunan. |
critical success factor | faktor kejayaan kritikal | Pengurusan | Perancangan | Faktor yang merupakan aspek terpenting yang menjadi penentu kejayaan sesuatu tugas atau projek. Faktor kejayaan kritikal perlu ditentukan oleh pihak pengurusan bagi memastikan keputusan dan tindakan yang diambil adalah yang paling tepat bagi mencapai matlamat dan tujuan yang ditetapkan. Contoh faktor kejayaan kritikal bagi sesuatu perniagaan adalah dengan memastikan kepuasan pelanggan diutamakan. |
critical path analysis | analisis laluan kritikal | Pengurusan | Perancangan | Analisis yang digunakan untuk mengenal pasti kelompok aktiviti yang dianggarkan memerlukan tempoh paling singkat untuk menyempurnakan sesuatu projek atau proses pengeluaran. Tujuan analisis laluan kritikal dilakukan adalah untuk menentukan bilangan aktiviti yang paling penting dan tidak boleh ditangguh untuk mencapai tahap operasi yang cekap dan berkesan. Di samping itu, analisis ini dilakukan bagi mengenal pasti aktiviti apungan, iaitu aktiviti yang bukan merupakan sebahagian daripada laluan kritikal. Contohnya, tempoh untuk menyiapkan sesuatu projek pembinaan bangunan dapat dikurangkan daripada 24 bulan kepada 18 bulan, iaitu selepas analisis laluan kritikal dilakukan. |
critical temperature | suhu kritikal | Perubatan | Tiada | Suhu maksimum yang diperlukan untuk menukarkan gas menjadi cecair pada tekanan kritikal. |
McGlashan critical volume correlation | korelasi isi padu kritikal McGlashan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Korelasi yang meramalkan isi padu kritikal Vc a-olefin dengan bilangan karbonnya melebihi empat, yang diungkapkan sebagai Vc = 25.07 + 50.38n + 0.479n2, dengan n = bilangan atom karbon di dalam molekul. |