Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : IB orang yg mempertimbangkan atau mengulas sesuatu dgn menghuraikan pendapat­nya serta membuat teguran atau kecaman, pengkritik: banyak hasil karyanya diperkatakan oleh ~-~ sastera. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kritikus


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
apparatus criticuskritikus aparatusKesusasteraanTiadaKaedah membuat suntingan kritis terhadap karya dengan cara membandingkan beberapa sumber atau versi manuskrip yang berbeza. Kritikus aparatus biasa terdapat dalam kajian filologi, terutamanya semasa membuat suntingan atau transliterasi terhadap sesuatu naskhah manuskrip yang mempunyai vesi yang berbeza. Secara umumnya, sesuatu teks Melayu lama wujud dalam beberapa salinan yang memperlihatkan beberapa perbezaan. Pengkaji akan memilih sebuah naskhah manuskrip yang dianggap terbaik dan membuat edisi, transliterasi, atau transkripsi berdasarkan naskhak tersebut. Semasa membuat edisi, pengkaji akan membuat kritikus aparatus dengan cara membandingkan naskhah yang dianggap terbaik tadi degan beberapa variasi naskhah lain. Kritikus aparatus biasanya dibuat pada bahagian nota kaki. Antara perkara yang diberi tumpuan dalam kritikus aparatus termasuklah memberikan ulasan atau sebab. Sesuatu pilihan dibuat dengan mengemukakan bukti konkrit berdasarkan naskhah lain, sama ada dari segi perbezaan huruf, perkataan, atau stru
edition minoredisi popularKesusasteraanTiadaSuntingan teks dari naskhah hasil olahan para pengkaji tanpa disertai atau menggunakan sebarang aparatus kritikus. Contoh: Hikayat Seri Rama dan Sejarah Melayu suntingan Shellabear.
conjectural deletionhilangan konjekturKesusasteraanTiadaDugaan yang ditinggalkan daripada sesuatu naskhah yang ditandakan dan kemudian diletakkan dalam bahagian aparatus kritikus.
edition majoredisi ilmiahKesusasteraanTiadaKajian teks yang mengikut prinsip-prinsip ilmiah, dengan memberikan huraian mengenai latar belakang teks, transliterasi naskhah dan sistem aparatus kritikus. Contoh: Babat Buleleng, suntingan Worsley, Hikayat Negeri Johor suntingan Ismail Hussein dan Hikayat Banjar suntingan J.J Ras.
deletionpenghapusanKesusasteraanTiadaPenghilangan perkataan pada sesuatu karya sastera yang disengajakan. Penghapusan perkataan atau frasa merupakan suatu praktis yang dimulakan oleh Martin Heidegger dan dipopularkan oleh Jacqueds Derrida. Kumpulan pembaca pruf menghapuskan perkataan dengan memangkahnya dan menggantikannya dengan yang lain. Pemangkahan perkataan itu masih tertera dalam teks. Jacques Derrida melakukan penghapusan untuk menunjukkan bahawa sesetengah perkataan dan frasa tidak sesuai tetapi penulis tidak dapat memberi kata gantian yang lebih jelas. Tanda pemangkahan ini juga bertujuan menarik perhatian pembaca tentang kekurangan atau kesahan sesuatu perkataan atau frasa. Terdapat juga penyalin yang melakukan pelbagai pengguguran terhadap karya asal. Akibat penghapusan itu, muncul beberapa versi baharu yang berbeza dengan karya asal. Namun, tujuannya untuk menambahbaikkan karya tersebut. Lihat juga kritikan teks, kritikus aparatus.

Kembali ke atas