Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kro.ma.to.gra.fi] | کروماتوݢرافي

Definisi : kaedah pengasingan sebatian dlm sesuatu campuran berdasarkan jerapan berpilih. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kro.ma.to.gra.fi] | کروماتوݢرافي

Definisi : ist kaedah utk memisahkan komponen sesuatu bahan atau campuran, iaitu dgn memasukkannya ke dlm larutan dan didasarkan pd perbezaan sifat berpindah komponen tsb melalui sesuatu medium, iaitu komponen bergerak pd kadar yg berlainan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kromatografi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
chromatographykromatografiKimiaTiadaKaedah pengasingan sebatian dalam sesuatu campuran berdasarkan jerapan berpilih. Jenis-jenis kromatografi ialah kromatografi kertas, kromatografi turus, kromatografi lapisan nipis, kromatografi pertukaran ion, kromatografi gas, kromatografi gas-cecair dan kromatografi cecait. Dalam setiap kaedah ini, pelarut atau campuran pelarut yang disebut fasa gerak dan bahan penjerap yang disebut fasa pegun yang sesuai digunakan. Pelarut digunakan untuk menggerakkan sebatian di dalam campuran tersebut melalui bahan penjerap dengan kelajuan yang berbeza, dan dengan itu setiap sebatian dapat diasingkan.
column chromatographykromatografi turusBioteknologiTiadaKromatografi yang menggunakan bekas tubul untuk menyokong fasa pegun pepejal. Bekas tersebut dibuat daripada kaca, plastik atau logam, dan saiznya berbeza-beza bergantung pada teknik kromatografi yang terlibat, misalnya turus yang panjang dan sempit digunakan dalam kromatografi gas, manakala kromatografi cecair pula menggunakan turus yang mempunyai nisbah panjang terhadap garis pusatnya antara 10:1 hingga 100:1.
planar chromatographykromatografi planarHerbaFitokimiaKaedah kromatografi yang menggunakan lapisan nipis, terdiri daripada gel silika, alumina ataupun oktadekilsilika yang disokong oleh kepingan kaca, plastik ataupun aluminium. Contohnya, kromatografi lapisan nipis dan kromatografi emparan.
gas chromatography (GC)kromatografi gas (GC)HerbaFitokimiaKaedah kromatografi yang berasaskan gas sebagai fasa gerak. Terdapat dua jenis kromatografi gas bergantung pada fasa pegun yang digunakan, iaitu kromatografi gas-pepejal (alumina, silika, karbon, penyaring molekul dan polimer), dan kromatografi gas-cecair (Carbowax, Apiezon L, Bentone 34 dan Dexsil 300). Sampel diaplikasikan secara suntikan pada permulaan fasa pegun. Gas pembawa terdiri daripada hidrogen, helium, nitrogen ataupun argon yang dibenarkan mengalir melalui turus kepada alat pengesan berasaskan pengionan nyalaan, kekonduksian terma, penangkap elektron dan pengionan foto. Pengesan pengionan nyalaan dan kekonduksian terma digunakan dengan meluas. Kaedah ini digunakan untuk tujuan analisis minyak pati daripada tumbuh-tumbuhan.
high performance liquid chromatography (HPLC)kromatografi cecair prestasi tinggi (HPLC)HerbaFitokimiaKaedah kromatografi yang diadaptasikan daripada kromatografi turus. Fasa pegun yang diisi ke dalam turus diperbuat daripada besi tahan karat atau plastik. Fasa gerak dilalukan menerusi turus ini dengan bantuan tekanan tinggi. Sampel diaplikasikan secara suntikan pada permulaan fasa pegun. Pengesanan sebatian dilakukan dengan mengalirkan lelehan daripada turus kepada alat pengesan yang berasaskan kepada penyerapan sinar ultraungu atau pengukuran indeks refraktif atau pengesanan penyelerakan cahaya sejatan. Kaedah ini digunakan untuk tujuan analisis dan pengasingan secara sediaan. Banding kromatografi bendalir lampau genting (SFC).
supercritical fluid chromatography (SFC)kromatografi bendalir lampau genting (SFC)HerbaFitokimiaKaedah pemisahan sebatian kimia secara kromatografi yang menggunakan bendalir lampau genting sebagai fasa gerak. Kaedah ini sangat berfaedah dan biasanya menjadi pelengkap kepada kaedah kromatografi gas dan kromatografi cecair prestasi tinggi (HPLC). Bagi tujuan pemisahan komponen minor daripada komponen major, kaedah SFC lebih berguna sekiranya komponen minor tersebut terelusi keluar selepas puncak major, dan kaedah HPLC lebih berguna sekiranya komponen minor terelusi dahulu. Seperti juga SFE, karbon dioksida ialah bahan yang paling kerap digunakan sebagai bendalir lampau genting bagi kaedah ini. Banding kromatografi cecair prestasi tinggi (HPLC).
centrifugal thin layer chromatography)kromatografi lapisan nipis emparanHerbaFitokimiaKaedah kromatografi yang diubah suai daripada kromatografi lapisan tipis. Kaedah ini berasaskan gerakan eluen yang didorong oleh daya emparan di samping tindakan kapilari. Kromatografi lapisan nipis emparan menggunakan sekeping lapisan nipis yang disokong oleh kepingan kaca bulat. Kepingan tersebut diletakkan pada rotor dan diputarkan untuk menghasilkan daya emparan. Sampel diaplikasikan pada bahagian tengah kepingan kaca dan pelarut dilalukan dengan menggunakan pam atau graviti. Sebatian terpisah dalam bentuk jalur bulat boleh dikumpul melalui lelehan keluar alat tersebut.
high presure liquid chromatographykromatografi cecair tekanan tinggiKimiaBiokimiaTeknik kromatografi turus yang menggunakan tekanan tinggi untuk mendorong pengaliran cecair eluen melalui turus, pengesan dan seterusnya pengumpul. Teknik ini mempunyai resolusi yang tinggi dan lebih cepat daripada teknik kromatografi biasa. Berbagai-bagai-bagai mod kromatografi cecair dapat digunakan dalam teknik ini, termasuk turasan gel, jerapan, sekatan dan pertukaran ion. Peralatan teknik ini terdiri daripada turus, sistem hidraulik, pengesan dan perakam.
ultraperformance liquid chromatographykromatografi cecair ultraprestasiHerbaFitokimiaTeknik kromatografi cecair berprestasi tinggi yang diperbaik berasaskan penggunaan penjerap kromatografi yang saiz zarahnya lebih halus (1.7 mikron) daripada saiz biasa (3.5 mikron - 5 mikron). Tekanan yang digunakan juga lebih tinggi, iaitu 15000 Psi berbanding tekanan biasa, iaitu 6000 Psi. Melalui teknik ini, keberkesanan pemisahan dan resolusi dapat dipertingkat.
bioautographybioautografiHerbaFitokimiaKaedah untuk mengesan dengan tepat juzuk aktif secara terus berasaskan kromatografi lapisan nipis. Kromatografi lapisan nipis dilakukan terlebih dahulu ke atas sampel yang hendak dikaji. Kromatogram yang terhasil dirawat secara khusus bagi memperlihatkan bintik-bintik yang menunjukkan terdapatnya aktiviti biologi yang sedang diuji. Contoh penggunaan kaedah ini ialah penentuan komponen antikulat dalam sesuatu ekstrak tumbuhan melalui rawatan khusus yang melibatkan penyemburan kromatogram dengan kulat seperti Cladosporium cucumerinum. Juzuk yang aktif akan timbul sebagai bintik yang jelas pada latar belakang spora kulat yang berwarna gelap.
12345678910...

Kembali ke atas