conflict of interest | konflik kepentingan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Pertentangan atau percanggahan yang wujud di antara individu, kelompok atau organisasi terhadap sesuatu perkara yang menjadi keutamaan. Konflik ini boleh wujud dalam pelbagai keadaan seperti perbezaan pendapat dan pandangan, perebutan jawatan, perebutan sumber yang terhad, persaingan yang tidak sihat, kronisme dan nepotisme. |
office politic | politik pejabat | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Satu senario atau budaya yang wujud di dalam persekitaran sesebuah organisasi. Boleh dilihat dalam dua bentuk yang berbeza iaitu positif dan negatif. Dari aspek positif, politik pejabat boleh mempertingkatkan motivasi kerja dan hubungan yang baik di kalangan majikan dan pekerja sekiranya ditangani dengan cara yang betul. Manakala dari aspek lain, budaya ini akan mendorong ke arah perpecahan dan konflik dalam organisasi. Contoh kronisme, favouritisme, talam dua muka dan sebagainya. |
contestation | persaingan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tindakan saling mempengaruhi antara individu, kelompok dan organisasi dalam sesuatu arena seperti ideologi, sokongan masyarakat, idea atau pemikiran. Situasi ini wujud dalam dua bentuk yang utama iaitu, persaingan yang bersifat positif apabila pihak yang bersaing menggunakan pendekatan yang sihat dan bermoral bagi memperoleh pengaruh masing-masing seperti menonjolkan manifesto, poster dan imej yang baik tanpa menghina pihak lawan. Contohnya, penggunaan poster secara berleluasa di kalangan parti politik dalam memperoleh undi semasa pilihan raya. Bentuk kedua merupakan persaingan yang bersifat negatif iaitu pihak yang bersaing menggunakan pendekatan yang bersifat matlamat menghalalkan cara seperti sabotaj, tikam belakang, fitnah, kawalan undang-undang, indoktrinasi intelektual, kronisme dan nepotisme untuk mendapatkan sokongan. |