principle quantum number | nombor kuantum utama | Fizik | Mekanik Kuantum | Nombor kuantum untuk elektron orbitan dan nombor kuantum spin yang melabelkan fungsi gelombang elektron, tenaga dan jarak purata suatu elektron dari nukleus bergantung pada nombor kuantum tersebut. |
quantum gravitation | kegravitian kuantum | Fizik | Mekanik Kuantum | Teori kuantum bagi medan kegravitian. |
quantum number | nombor kuantum | Farmasi | Tiada | Nombor yang merupakan nilai unit asas tenaga elektromagnet. Nombor ini adalah merupakan salah satu daripada empat integer yang menggambarkan setiap elektron dalam satu atom yang menandakan kedudukan, momentum bersudut, medan magnet, dan spin. Bd. nombor kuantum azimat, nombor kuantum magnet, nombor kuantum spin dan nombor kuantum utama. |
azimuthal quantum number | nombor kuantum azimut | Fizik | Mekanik Kuantum | Nombor kuantum yang mencirikan momentum sudut suatu elektron dalam model Bohr bagi atom. |
relativistic quantum theory | teori kuantum kerelatifan | Fizik | Mekanik Kuantum | Teori kuantum zarah yang konsisten dengan teori kerelatifan khas dan boleh menghuraikan zarah yang bergerak hampir kelajuan cahaya. |
quantum field theory | teori medan kuantum | Fizik | Mekanik Kuantum | Teori kuantum bagi sistem fizik yang mempunyai bilangan darjah kebebasan infinit, seperti medan elektromagnet, medan graviti atau medan gelombang dalam medium. |
quantum gravitations | ilmu kegravitian kuantum | Fizik | Mekanik Kuantum | 1. Kajian tentang teori kuantum bagi medan kegravitian. 2. Kajian tentang medan kuantum dalam lengkung ruang-masa. |
quantum mechanics | ilmu mekanik kuantum | Fizik | Mekanik Kuantum | Kajian tentang teori moden bagi jirim, sinaran elektromagnet dan interaksi antara jirim dan sinaran. Teori ini mengambil alih teori fizik klasik terutamanya untuk menerangkan fenomena atom dan subatom. fizik kuantum. Sinonim teori kuantum. |
quantum state | keadaan kuantum | Fizik | Mekanik Kuantum | Keadaan suatu zarah yang dihuraikan oleh suatu fungsi gelombang yang merupakan fungsi eigen bagi pengoperasi mekanik kuantum. Nilai eigen adalah nombor kuantum yang melabelkan keadaan. |
magnetic quantum number | nombor kuantum magnet | Farmasi | Tiada | Interger yang menandakan medan magnet yang dihasilkan oleh momentum suatu elektron di dalam atom. Simbolnya adalah m, yang bernilai daripada + 1 ke 1. Apabila nombor kuantum n=2, nombor kuantum magnet m adalah 1, 0 atau 1. Bd. nombor kuantum . |