ziggurat | zigurat | Kesenian | Seni Bina | Menara kuil dalam seni bina Sumeria dan kerajaan Babylon Assyrian yang diperbuat daripada bata lumpur. Menara ini mempunyai dinding berbentuk condong dan diperbuat daripada bata bakar. Menara ini mempunyai beberapa siri dinding condong dan pentas yang boleh dilalui melalui tangga sehingga ke puncak. Di bahagian puncaknya terdapat kuil untuk tujuan keagamaan bagi masyarakat tersebut. Zigurat dipercayai dibina sekitar tahun 300 tahun sebelum Masihi. Zigurat mempunyai bentuk seperti piramid yang bertangga. |
repp quilt | kuil rep | Kesenian | Tiada | Tiada |
temple | tempel; pelipis; kuil; tokong | Perubatan | Tiada | Pelipis: Kawasan di atas dan depan telinga. |
temple | tempel; pelipis; kuil; tokong | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
temple | tempel; pelipis; kuil; tokong | Perubatan | Tiada | Tiada |
pantheon (of building) | kuil dewata | Sejarah | Tiada | Tiada |
decastyle | dekagaya | Kesenian | Seni Bina | Susunan komposisi binaan yang mempunyai sepuluh tiang. Susunan seperti ini boleh ditemui pada kuil Apollo Didymaeus di Miletus dan serambi anjung Universiti College London. |
ceremonial site | tapak istiadat | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Tapak untuk upacara penyembahan yang mempunyai binaan monumen, tugu peringatan, kuil, ukiran kayu dan batu. Sekiranya tapak istiadat besar dan luas, biasanya terdapat kawasan kediaman di tapak ini. Contohnya, tapak yang didiami oleh golongan pentadbir politik dan agama di Teotihuacan, Mexico. |
likay | likay | Muzik | Tiada | Teater popular atau opera Thailand yang dipersembahkan untuk hiburan di pentas prosenium di kuil dan di pasar. Teater ini menggabungkan muzik, dialog, lakonan dan tarian. Cerita yang dipentaskan berkaitan dengan orang bangsawan dan rakyat biasa serta sejarah. Nyanyian, tarian dan cerita diiringi ensembel pi phot. Teater ini mempunyai ciri persamaan dalam gaya pementasan dengan opera lain yang terdapat di Asia Tenggara, iaitu stambul di Jawa Tengah, ludruk di Jawa Timur, zarzuela di Filipina, bangsawan di Malaysia dan hat cai luong di Vietnam. Sinonim jikey. |
acropolis | akropolis | Kesenian | Seni Bina | Negara kota atau pusat pemerintahan pada zaman Yunani purba. Negara kota ini biasanya dibina di atas bukit dan mengandungi bangunan-bangunan penting seperti istana, kubu pertahanan, kuil berhala dan tempat perlindungan bagi warga kota. Akropolis dibina semasa kegemilangan era Mycenaea pada sekitar tahun 1400-1200 sebelum masihi. Contohnya, akropolis yang terdapat di Athens, Greek. |