Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.lin.tang] | کولينتڠ

Definisi : sj alat muzik tradisional Sulawesi Utara yg terdiri drpd bilah-bilah kayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kulintang


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
kulintangkulintangMuzikTiada

 Ensembel muzik yang terdiri daripada gong chime, beberapa jenis gong tergantung dan dram yang terdapat di Filipina Selatan, Sarawak, Sabah dan negara Brunei Darussalam. Di Magindanao, Filipina Selatan, ensembel kulintang terdiri daripada gong chime, iaitu kulintang, gong, iaitu agung, gandingan, babandil dan dram dabakan. Di Sarawak, ensem­bel yang sama dikenali sebagai ensembel engkerumong dan terdiri daripada gong chime (engkerumong), gong (tawag) dan bandai serta dram ketebong. Di Sabah, ensembel yang sama dinamai kulintangan dan terdiri daripada gong chime (kulintangan), gong (babandil) dan agung serta dram gandang.

tidtutidtuMuzikTiada

Mod irama dalam ensembel kulintang di Filipina Selatan. Mod tidtu dimainkan selepas mod duyug dalam persembahan kulintang. Lihat juga kulintang, mod irama, duyug, sinulug.

binaligbinaligMuzikTiada

 Mod irama, iaitu corak dan tempo rentak yang dimainkan dalam muzik kulintang gaya baru di Magindanao, Filipina Selatan. Gaya baru ini menekankan improvisasi yang cepat oleh pemain kulintang, agung dan gandingan.

duyugduyugMuzikTiada

 Mod irama muzik kulintang di Magindanao, selatan Filipina. 

tagunggotagunggoMuzikTiada

Mod irama dalam ensembel kulintang yang dimainkan selepas duyug, tidtu dan sinulug. Tagunggo ini mengiringi upacara menyembuh penyakit di Filipina Selatan. Lihat juga kulin­tang, mod irama, duyug, tidtu, sinulug.

babandilbabandilMuzikTiada

 Alat muzik tradisional Filipina yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul. Babandil ialah gong besar berbusut yang tergantung dan berbingkai nipis. Babandil dipukul dengan pemukul buluh dan menghasilkan rentak asas dalam ensembel kulintang di Mindanao. Filipina Selatan.

gandingangandinganMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul. Gandingan terdiri daripada empat gong besar berbusut dan tergantung. Alat muzik ini berbingkai tebal dan dipukul dengan pemukul kayu yang berbalut. Gandingan dimainkan dalam ensembel kulintang di Filipina Selatan.

sinulugsinulugMuzikTiada

Mod irama muzik ensembel kulintang yang terdapat di Magindanao, Filipina Selatan. 

dabakandabakanMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon. Dabakan ialah dram berbentuk tiub yang mempunyai satu permukaan dan dipukul dengan dua pemukul kayu. Alat muzik ini dimainkan dalam ensembel kulintang di Mindanao, Filipina Selalan.

kulintangankulintanganMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul. Alat muzik ini terdiri daripada lapan atau lebih biji gong kecil berbusut. Set gong ini terletak secara mendatar di dalam rak kayu dan dipukul dengan sepasang pemukul kayu. Kulintangan dimainkan dalam ensembel kecil bersama-sama gendang dan gong gantung. Alat muzik ini memainkan melodi dan rentak tertentu untuk mengiringi tarian pada musim perayaan. Kulintangan dimainkan oleh beberapa suku kaum di Sabah. Lihat juga kulintang.


Kembali ke atas