sewage fungus | kulat kumbahan | Biologi | Mikologi | Nama am bagi Leptomitus lacteus yang sering ditemukan di kawasan air tercemar dan air kumbahan. Kulat ini kadang-kadang tumbuh di penuras-penuras kumbahan. |
activated sludge | enap cemar teraktif | Pertanian | Agroteknologi | Bahan pepejal yang terhasil sesudah bahan kumbahan domestik atau industri dirawat menggunakan udara dan mikroorganisma khusus. Bahan kumbahan dirawat menggunakan udara dan oksigen bersama dengan flok (gumpalan) yang mengandungi bakteria jenis saprofit berserta dengan protozoa. Mikroorganisma tersebut mempercepat proses penguraian kumbahan. Rawatan ini menghasilkan gumpalan berwarna perang yang bercampur dengan air kumbahan, dan campuran tersebut dinamai likuor campur. Likuor campur seterusnya dibiarkan di dalam tangki endap supaya bahan pepejal mendap. Supernatan yang terapung dirawat semula sebelum dilepaskan ke perparitan. Sebahagian daripada bahan endapan yang merupakan enap cemar teraktif digunakan semula untuk merawat kumbahan yang baharu. |
septic sewage | kumbahan septik | Kejuruteraan | Tiada | Kumbahan yang menjadi lapuk kerana tidak ada olahan atau penambahan oksigen yang mengeluarkan bau busuk disebabkan organisma anaerob menukarkan sulfat dan bahan organik bersulfur kepada hidrogen sulfat dan merkaptan. |
sludge return ratio | nisbah enap cemar kembali | Kejuruteraan | Tiada | Nisbah mengubah kadar enap cemar dikembalikan ke dalam tangki pengudaraan daripada tangki pengenapan sekunder dengan purata kadar pengaliran kumbahan melalui loji kumbahan. |
sewage treatment | pengolahan kumbahan | Bioteknologi | Tiada | Proses yang dilakukan untuk menulenkan kumbahan dengan pengeluaran BOD dan bakteria patogen sehingga air bersih dihasilkan. Langkah-langkah yang terlibat termasuklah penurasan, pengolahan kimia, dan pengolahan biologi secara aerob atau anaerob. |
lateral sewage | kumbahan lateral | Biologi | Ekologi | Paip yang dipasang di bawah tanah di bandar raya, yang mengumpulkan kumbahan domestik. |
septic tank | tangki septik | Kejuruteraan | Tiada | Tangki pengumpul kumbahan yang dibina di tempat yang tidak ada sistem pembetungan. Kumbahan akan terurai secara semulajadi. |
septic tank | tangki septik | Sosiologi | Tiada | Tangki pengumpul kumbahan yang dibina di tempat yang tidak ada sistem pembetungan. Kumbahan akan terurai secara semulajadi. |
sewage see also waste water | kumbahan lihat juga air buangan | Hidrologi | Tiada | Bekalan air untuk masyarakat yang telah menjadi kotor oleh berbagai-bagai penggunaan. Kumbahan mungkin terdiri dari gabungan cecair atau buangan yang dibawa air dari rumah kediaman, buangan perbandaran dan industri dengan air-tanah, air permukaan dan air hujan ribut jika ada. (WHO) |
Imhoff tank | tangki Imhoff | Kejuruteraan | Tiada | Tangki untuk olahan endapan kumbahan yang bergantung pada olahan biologi anaerob. Kumbahan masuk pada bahagian atas kebuk dan pepejal terendap melalui alur bahagian bawah kebuk cerna, manakala enap cemar keluar secara automatik. |