ethnic group | kumpulan etnik | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tiada |
ethnobotany | etnobotani | Herba | Fitokimia | Bidang kajian mengenai tumbuhan yang digunakan dalam kehidupan kumpulan etnik tertentu. Maklumat daripada kajian ini boleh digunakan sebagai petunjuk untuk menemui bahan atau sebatian yang bermanfaat dan bernilai. Contohnya, pokok mengkudu (Morinda citrifolia) asalnya digunakan oleh masyarakat di kepulauan Jawa untuk menghasilkan pewarna merah bagi mewarnakan kain batik. Pokok ini mengandungi sebatian berwarna merah alizarin yang kini telah pun dihasilkan secara sintetik. |
ethnic nationhood | kenegaraan rumpun etnik | Sejarah | Tiada | Kenegaraan berdasarkan kumpulan etnik iaitu kumpulan manusia yang berasal dan mempunyai satu agama, bahasa, budaya serta keturunan yang sama dalam sesebuah negara. |
ethnopharmacology | etnofarmakologi | Herba | Fitokimia | Bidang kajian mengenai tumbuhan yang digunakan untuk merawat penyakit dan penjagaan kesihatan oleh kumpulan etnik tertentu. Maklumat daripada kajian ini boleh digunakan sebagai petunjuk untuk menemui bahan atau sebatian yang bermanfaat dan bernilai. Contohnya, ubat malaria kuinina ditemui dalam pokok kina (Cinchona officinalis) yang pada asalnya digunakan oleh masyarakat asli Amerika Selatan untuk merawat demam. |
single nucleotide polymorphism | polimorfisme nukleotida tunggal | Sains Forensik | Tiada | Perbezaan jujukan bes tunggal pada tempat tertentu dalam genom dan kromosom Y. Perbezaan kod DNA ini boleh dijadikan sebagai penanda forensik dalam kajian terhadap kumpulan etnik manusia. Singkatan SNP. |
Curzon Line | Garis Curzon | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Garis pemisah yang dibuat oleh Setiausaha Luar British, Lord Curzon sebagai sempadan antara Rusia dengan Poland pada tahun 1919. Tujuan garis pemisah ini adalah untuk persempadanan etnografi antara kumpulan etnik Poland, Lithuania, Rusia dan Ukraine. Garis ini merentasi kawasan bermula dari Hrodna, Yalivka, Nemyriv, Brest, Dorohusk, Ustyluh, bahagian timur Hrubeshiv, melintasi Kryliv, menuju ke bahagian barat Peremyshl, terus ke pergunungan Carpathian, yang membentuk sempadan timur Poland dan Ukraine. Pada bulan Julai 1920, sewaktu pencerobohan Soviet terhadap Warsaw, garis yang sama telah dicadangkan oleh Setiausaha Luar Britain sebagai sempadan Poland dengan Kesatuan Soviet (USSR). Pada tahun 1939, garis tersebut telah diterima dengan sedikit pindaan sebagai sempadan pemisah antara Jerman dengan Kesatuan Soviet. Seterusnya dalam persidangan Yelta 1945, Garis Curzon telah diterima sebagai sempadan bagi Poland dan Kesatuan Soviet. |
Ethnomedicine | Etnoperubatan | Pertanian | Tiada | Bidang yang mengkaji tumbuhan yang digunakan oleh manusia untuk menyembuhkan penyakit, menjaga kesihatan dan kosmetik. Bidang ini menghuraikan taksonomi tumbuhan, bahagian yang digunakan untuk merawat penyakit, gejala penyakit, kaedah penyediaan, kaedah rawatan, jumlah (dos) yang digunakan dan pantang larang. Bidang ini penting untuk merekodkan pengetahuan rawatan tradisi berasaskan tumbuhan di kalangan masyarakat pelbagai kumpulan etnik. |
ethnomedicine | etnoperubatan | Herba | Botani dan Bioteknologi | Bidang yang mengkaji tumbuhan yang digunakan oleh manusia untuk menyembuhkan penyakit, menjaga kesihatan dan kosmetik. Bidang ini menghuraikan taksonomi tumbuhan, bahagian yang digunakan untuk merawat penyakit, gejala penyakit, kaedah penyediaan, kaedah rawatan, jumlah (dos) yang digunakan dan pantang larang. Bidang ini penting untuk merekodkan pengetahuan rawatan tradisi berasaskan tumbuhan dalam kalangan masyarakat pelbagai kumpulan etnik. |
civil service neutrality | keberkecualian perkhidmatan awam | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Prinsip yang bebas, tidak terpengaruh atau condong kepada individu atau pihak tertentu dalam menggubal sesuatu dasar dan membuat sesuatu keputusan. Prinsip ini menjadi landasan kepada semua anggota perkhidmatan awam. Perkhidmatan awam dikehendaki melaksanakan tugas tanpa terikat kepada sebarang bentuk pengaruh atau tekanan luar. Melalui prinsip ini, kakitangan awam ditegah terlibat secara aktif dalam sebarang parti politik seperti yang termaktub dalam Peraturan Tatatertib (Perintah Am Bab ‘D’). Begitu juga di dalam konteks yang melibatkan kumpulan etnik, agama, ideologi dan gender, perkhidmatan awam seharusnya bebas dari sebarang bentuk pengaruh. |
assimilation policy | dasar asimilasi | Sejarah | Tiada | Dasar sosio-budaya yang melibatkan individu atau kumpulan dari etnik yang berbeza menyebatikan diri dengan budaya dan cara hidup serta adat resam sesuatu masyarakat yang dianggap budaya kebangsaan. |