gargle | kumur; ubat kumur | Perubatan | Tiada | 1. Kumur: Mengocak cecair di dalam tekak dengan memaksa udara atau bernafas keluar melaluinya. 2. Ubat kumur: Larutan berubat yang digunakan untuk mencuci mulut dan tekak. |
gargle | kumur; ubat kumur | Perubatan | Tiada | Tiada |
fluoride rinse | kumur berfluorida | Pergigian | Tiada | Bahan kumur mulut yang mempunyai ion fluorida. Ion fluorida dalam larutan ini akan diserap oleh struktur gigi dan menguatkan struktur gigi agar lebih resistan daripada tindakan asid. Oleh itu, insiden karies dapat dikurangkan. |
genteelisme | kesantunan | Kesusasteraan | Tiada | Sifat bahasa yang halus, berhias, dan terpelihara dalam karya sastera. Di Barat, tradisi kesantunan merujuk kepada sikap mementingkan konvensi dan tatacara yang betul dalam penulisan, yang menjadi lumrah pada kurun ke-18 hingga 19. Kini, kesantunan digunakan untuk menyindir norma kehalusan yang palsu. Dalam budaya Melayu, contoh penulisan kesantunan ditemui dalam warkah emas, iaitu surat yang ditulis kepada atau daripada keluarga bangsawan. Kesantunan boleh juga dirujuk sebagai budaya kebangsawanan yang sering dipaparkan dalam karya istana yang mementingkan kehalusan dan ketertiban dalam tatalaku dan tatacara. Istilah genteelisme dalam bahasa Latin bermaksud �asuhan sempurna�, manakala dalam bahasa Perancis bermaksud �anggun�. Contoh gambaran untuk memerikan tertib bersantap ditemui dalam Hikayat Malim Dewa seperti yang berikut: �... sekali suap, dua kali sudah, ketiga basuh tangan, keempat kumur-kumur, kelima santap sirih, kelat jatuh ke kerongkongan, seri naik ke peroman.� |
rinse | kumur | Perubatan | Tiada | Membasuh dengan air bersih untuk menghilangkan kekotoran yang masih tinggal setelah dicuci. |
gargle | kumur | Farmasi | Farmaseutik | Mengocak larutan berubat di dalam tekak dengan memaksa udara atau bernafas keluar melaluinya, yang digunakan untuk mencegah dan merawat jangkitan mulut dan tekak. Larutan yang digunakan mengandungi antiseptik, antibakteria, analgesik dan astringen. |
potassium chlorate poisoning | keracunan kalium klorat | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pengingesan kalium klorat (formula kimia, KCIO3) iaitu bahan dalam cecair kumur, mancis dan racun rumpai. Ion klorat (CIO3-) ialah perengsa terhadap membran mukus dalam larutan pekat. Selepas penyerapan ia menyebabkan methemoglobinemiaekoran ekoran sifat pengoksidaannya. Tanda utama keracunan ialah muntah dan sianosis. Keracunan akut akibat pengingesan menyebabkan loya, muntah, cirit-birit, sakit abdomen, hemolisis, sianosis, anuria, kekeliruan, dan konvulsi. Keracunan kJ�onik menyebabkan hilang selera makan dan hilang berat badan. Dos parah adalah lebih kurang 15 g untuk orang dewasa dan 2 g untuk kanak-kanak. Penemuan patologi dalam kes kematian ialah kesesakan dan kakisan gastrousus, kerosakan buah pinggang dan hati, serta darah berwarna coklat. |
hydrogen peroxide | hidrogen peroksida | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Cecair tanpa warna yang digunakan sebagai disintektan untuk membersihkan luka, dan dicairkan, sebagai pengawal bau kumur mulut ataupun sebagai titisan telinga untuk mengeluarkan lilin. |
chloramine-7 | kloramina-T | Kimia | Forensik | Formula kimia, C7H7CINa02S. Sebatian yang larut dalam airdan mengandungi lebih kurang 12% klorin. Kloramina-T digunakan sebagai antibakteria dalam proses penulenan air dan dalam cecair kumur. Dos parah mungkin serendah 0.5 g. Keracunan akut akibat pengingesan menyebabkan sianosis dan kegagalan pernafasan. Gejala keracunan tennasuk sianosis, pengsan, mulut berbuih, dan kegagalan pernafasan selepas beberapa minit. |
Acalypha indica | Cika Mas | Pertanian | Tiada | Tumbuhan dalam famili Euphorbiaceae ini juga dikenali sebagai kucing galak, ceka emas dan lis-lis. Ia jenis pokok herba 30 cm tinggi dalam famili Euphorbiaceae. Tumbuhan ini mempunyai daun ringkas, berbentuk ovat dan tepi daun bergerigi serulat. Jambak bunganya jenis spika mengandungi bunga bersaiz kecil. Tumbuhan ini hidup liar sebagai rumpai di kawasan terbuka dan tanah berpasir. Keseluruhan pokok yang telah ditumbuk lumat digunakan untuk merawat penyakit kulit, bisa gigitan ular dan luka. Air rebusan pokok digunakan sebagai ubat kumur untuk merawat ulser mulut, mandian lepas bersalin dan diminum oleh kaum lelaki sebagai afrodisiak. Air rebusan akar diminum untuk mengubati lenguh-lenguh badan dan kencing manis. |