Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; kunang-kunang nama sj serangga yg bersayap dan mengeluarkan cahaya yg berkelip-kelip; kelip-kelip, Photuris spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : ; berkunang-kunang tidak dpt melihat dgn tepat kerana terlalu pening dll; sebentar terang dan sebentar suram (ttg pandangan); berpinar-pinar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kunang

Puisi
 

Ayonglah si kunang-kunang,
     Ia bernama si bunga pinang;
Rosaklah di laut boleh kurenang,
     Rosak di hati tidak kusenang.


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
fireflykunang-kunangPerhutananTiadaTiada
fireflykunang-kunangBiologiEntomologilihat kelip-kelip.
luciferaselusiferaseKimiaBiokimiaEnzim yang terdapat di dalam kunang-kunang dan berfungsi dalam tindak balas biopendarcahaya. Enzim ini memangkini pengoksidaan lusiferin yang disertai pengeluaran cahaya tampak.
bioluminescencebioluminesensFizikOptikPancaran cahaya nampak oleh organisma hidup seperti kunang-kunang dan kaboi.
bioluminescencebiopendarcahayaKimiaBiokimiaPengeluaran cahaya oleh sesuatu organisma, seperti beberapa bakteria dan kulat, ikan laut dalam, kunang-kunang, dan sebagainya. Pengeluaran cahaya ini terhasil daripada tindak balas redoks yang dimangkini enzim lusiferase.
fireflykelip-kelipBiologiEntomologiSerangga pendarkilau, khususnya serangga dalam famili Lampyridae. Serangga ini mempunyai organ pendarkilau pada segmen abdomen keenam dan ketujuh. Cahaya pendarkilau dikeluarkan oleh organ dan jasad lemak hasil pengoksidaan lusiferin dengan bantuan enzim lusiferase. kunang-kunang.

Kembali ke atas