kundang | kundang | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama biasa bagi kayu dan pokok Bouea spp. daripada famili Anacardiaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah kundangan, merapuh, remia, dan rumenia. Terdapat hanya spesies iaitu Bauea macrophylla dan B. oppositifolia. Gubal kayu kundang sukar dibezakan daripada teras kayunya, dan biasanya berwarna gelap. Tekstur kayunya agak kasar dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 675 hingga 895 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana keras dan berat. Kundang mempunyai ketahanan yang baik, dan menghasilkan buah yang boleh dimakan. |
chomophyte | komofit | Biologi | Ekologi | Tumbuhan yang tumbuh di celah-celah batu yang penuh dengan sarap. Misalnya, kundang, Bouea sp. di atas bukit batu kapur. |
gram-positive | gram-positif | Biologi | Mikrobiologi | Sifat bakteria yang mampu mengikat pewarnaan Gram sehingga berwarna biru biji kundang. |
polygenesis | poligenesis | Kesusasteraan | Tiada | Cerita yang menggunakan tema yang sama dan timbul di tempat yang berbeza disebabkan latar yang sama. Contoh: cerita Malim Kundang di Minangkabau dan cerita Si Tanggang di Selangor. |
analogical creation | cerita kias/ibarat | Kesusasteraan | Tiada | Cerita-cerita yang disusun untuk menyampaikan ajaran agama, ajaran moral atau suatu kebenaran umum dengan menggunakan perbandingan, ibarat atau kias. Contoh: cerita Si Tanggang dan cerita Malim Kundang. |
Anacardiaceae | Anacardiaceae | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Famili tumbuhan yang menghasilkan banyak spesies kayu dagangan. Dalam famili ini terdapat kayu yang mempunyai corak ira yang menarik seperti kayu rengas, kor kayu macang dan sengkuang; dan untuk kayu kegunaan am yang baik seperti merpauh, lelayang, kundang serta pelajau. Beberapa spesies kayu dalam famili ini seperti rengas menghasilkan perengsa yang menyebabkan algergi. |